Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

PUTRAJAYA, 26 Julai – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru seluruh kepimpinan dan akar umbi parti agar terus memperkukuhkan organisasi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.

Menurut beliau, kekuatan parti perlu diperkasakan bermula di peringkat cawangan dengan memastikan setiap jentera sentiasa bersedia, tersusun dan bergerak secara berterusan bagi menghadapi sebarang kemungkinan menjelang PRU akan datang.

“Persiapan menuju PRU-16 perlu dimulakan dari sekarang. Kita mesti terus memperkukuhkan parti dengan memperkasakan cawangan, mengukuhkan jentera dan memastikan seluruh kepimpinan sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi medan perjuangan.

“Hasrat kita adalah untuk meneruskan gelombang biru ke Putrajaya dan seterusnya ke seluruh negara dengan membawa mesej kestabilan, perpaduan serta perjuangan yang berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya yang menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya, Sabtu.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO Putrajaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas semula keseluruhan kerusi di Parlimen tersebut pada PRU-16 bagi memastikan kesejahteraan penduduk terus terbela dan kembali diperkasakan.​


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan


Dalam masa yang sama, Tengku Adnan mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya tidak hanya bekerja ketika musim pilihan raya, sebaliknya terus mendampingi dan menyantuni rakyat pada setiap masa, khususnya golongan muda yang merupakan aset penting dalam menentukan masa depan negara.

Beliau berkata, pendekatan turun padang secara konsisten akan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

Menurutnya, UMNO Putrajaya menerima puluhan aduan daripada penduduk setiap hari, membuktikan masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan pembelaan.

“Antara luahan yang paling kerap diterima ialah peningkatan kos sara hidup yang memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat. Justeru, UMNO Putrajaya akan terus turun padang bertemu masyarakat bagi mendengar sendiri permasalahan mereka serta menghulurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kepada rakyat, UMNO Putrajaya akan melipatgandakan usaha kebajikan termasuk memperbanyakkan pemberian bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan serta memperluaskan sumbangan komputer riba kepada pelajar cemerlang bagi membantu mereka meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Suhaimizan Terus Dekati Semua Lapisan Pengundi Di Gemencheh


Menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang sedang berlangsung, beliau menyeru seluruh jentera dan ahli parti agar bersama-sama turun membantu kempen BN bagi memastikan kemenangan gabungan itu.

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

“Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga, mengetepikan perbezaan dan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu calon-calon Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Kemenangan BN bukan sahaja penting kepada negeri tersebut, malah menjadi pemangkin kepada kekuatan parti menjelang PRU-16,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh perwakilan yang hadir serta menyumbang idea, pandangan dan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung.

“Terima kasih kepada semua perwakilan atas kehadiran, kesetiaan dan semangat perjuangan yang ditunjukkan. Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan iltizam yang kukuh, UMNO akan terus mara sebagai wadah perjuangan rakyat demi agama, bangsa dan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker