Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

LAHAD DATU, 27 Julai – Semangat perjuangan dan tekad untuk terus memperkukuhkan parti jelas terpancar dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu yang berlangsung penuh semangat, dengan penegasan bahawa perpaduan ahli merupakan kunci utama bagi memastikan UMNO terus relevan dan kekal mendapat kepercayaan rakyat.

Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul, berkata mesyuarat tersebut bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan parti, malah menjadi platform penting untuk memperkukuhkan perpaduan, memperkemaskan gerak kerja serta menyusun strategi yang lebih tersusun bagi menghadapi cabaran politik semasa dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“UMNO hanya akan terus kukuh apabila seluruh ahlinya bersatu hati, berpegang teguh kepada disiplin perjuangan dan bergerak sebagai satu pasukan.

“Inilah masanya untuk kita memperkemaskan saf, memperkukuhkan organisasi serta turun mendampingi rakyat dengan lebih agresif demi mengembalikan keyakinan mereka terhadap perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Mohamad Hasnol Ayub merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim


Menurut Sharif Musa, seluruh ahli perlu menghayati semangat ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’ dengan mengetepikan segala perbezaan demi memastikan agenda perjuangan parti terus diperkasakan.

“Kita tidak mempunyai ruang untuk berpecah. Kekuatan UMNO terletak pada kesatuan ahlinya. Apabila kita bersatu, tiada cabaran yang tidak mampu kita hadapi. Marilah kita berganding bahu, memperkukuhkan saf perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” tegas beliau.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa segala usul, pandangan serta keputusan yang dicapai sepanjang mesyuarat akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan UMNO Bahagian Lahad Datu dan memperkukuhkan jentera BN dalam menghadapi medan perjuangan politik akan datang.

Dalam kesempatan ini, Sharif Musa menyeru seluruh kepimpinan dan akar umbi agar terus bekerja tanpa mengenal penat lelah, mendekati masyarakat serta memperjuangkan isu-isu rakyat dengan penuh komitmen.

“Perjuangan ini bukan untuk individu, tetapi demi masa depan rakyat, agama, bangsa dan negara. Dengan kesatuan, keikhlasan serta kerja keras seluruh jentera, saya yakin UMNO Bahagian Lahad Datu akan terus menjadi benteng kekuatan Barisan Nasional di Sabah,” katanya lagi. – UMNO Online

Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker