PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN
PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN

SEREMBAN, 27 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh pengundi awal, warga polis dan tentera untuk memberikan kepercayaan kepada BN pada hari mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung esok.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, BN akan memberikan tawaran yang terbaik kepada warga polis dan tentera sekiranya diberi mandat.
“Kepada para pengundi awal esok, tentera dan polis… Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan untuk pihak tentera dan polis mengundi Pakatan Harapan (PH). Itu arahan beliau.
“Saya tidak mengeluarkan sebarang arahan, tapi sebagai Pengerusi BN, saya memohon supaya pihak yang mengundi awal berikanlah peluang kepada calon-calon BN untuk memenangi kerusi-kerusi yang kita tandingi. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka.
“Pengalaman di peringkat nasional akan kita turunkan di peringkat negeri. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk tentera dan polis apabila keputusan memperlihatkan bahawa pada 1 Ogos nanti, undi-undi awal itu memihak kepada calon-calon BN,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas Program Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan, di sini, sebentar tadi.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di 38 pusat mengundi esok, berjalan lancar.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata segala keperluan dan kelengkapan bagi proses pengundian awal telah disediakan, bagi memastikan urusan pengundian berjalan teratur seperti yang dirancang.
Sebanyak 22,339 anggota tentera dan polis serta pasangan yang layak akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRN Negeri Sembilan ke-16 esok.
Proses pengundian awal akan dibuka serentak pada 8 pagi, manakala waktu penutupan ditetapkan secara berperingkat mengikut lokasi dan jumlah pengundi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
- BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry
Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim
Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN kali ini, yang menyaksikan 103 calon layak bertanding.
DUN Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN, manakala SPR menetapkan 1 Ogos sebagai hari pengundian. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kepakaran Pelbagai Pihak Penting Demi Kemaslahatan Ummah – Ahmad Zahid
- TVET Perkasa Anak Johor, Pelaburan Mesti Bawa Manfaat Terus Kepada Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.