PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari

PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari

PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari

KUALA PILAH, 28 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh dan Senaling mempunyai kelebihan masing-masing dalam membawa aspirasi rakyat.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, calon BN DUN Juasseh, Datuk Ismail Lassim memiliki pengalaman sebagai wakil rakyat, manakala calon BN DUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil pula merupakan calon muda yang mempunyai potensi besar untuk membawa suara generasi baharu.

“Mereka ini mempunyai karakter yang berbeza. Datuk Ismail mempunyai pengalaman sebagai wakil rakyat manakala Qayyum adalah calon muda yang bertanding di DUN Senaling.

“Mereka ini semua adalah memang orang asal di kawasan ini,” katanya.

Johari berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas mengadakan pertemuan bersama calon dan jentera DUN Juasseh dan Senaling di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN


Katanya Ismail dan Qayyum yang juga sebagai calon tempatan mempunyai rekod bersih serta komited dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, mereka bukan sahaja dikenali oleh penduduk setempat, malah mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini mampu membawa suara masyarakat di kawasan masing-masing.

“Mengikut latar belakang yang saya kenali mereka ini bukan sahaja seorang pemimpin yang sangat dikenali ramai oleh penduduk-penduduk di ini.

“Inilah calon-calon yang kita nampak latar belakang yang sangat bersih, bekerja sama untuk rakyat dan saya minta kepada semua pengundi-pengundi di kawasan Kuala Pilah ini berilah sokongan kepada kedua-dua calon BN,” ujar beliau.

Untuk rekod Ismail dan Qayyum pada PRN ini berhadapan saingan tiga penjuru di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, manakala pengundian awal pada hari ini. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persefahaman BN-PN: Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Sebarang Pergaduhan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker