Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus

Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus

Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh menggesa agar pindaan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 bukan sekadar memperkukuh aspek hukuman, sebaliknya disertai langkah menyeluruh yang mampu menjamin keterjaminan makanan negara melalui penguatkuasaan berkesan, tadbir urus telus dan kerjasama erat dengan pemain industri.

Ketika membahaskan rang undang-undang tersebut di Dewan Negara semalam, beliau berkata keberkesanan undang-undang bergantung kepada keupayaan kerajaan melaksanakan penguatkuasaan secara konsisten dengan sokongan teknologi, data masa nyata serta penyelarasan antara agensi berkaitan.

“Undang-undang yang baik bukan sekadar memperuntukkan kuasa, tetapi mesti disokong oleh keupayaan melaksanakan kuasa tersebut secara konsisten dan adil. Penguatkuasaan perlu diperkasakan melalui penggunaan teknologi, sistem data masa nyata serta kerjasama antara agensi supaya matlamat menjaga keterjaminan bekalan makanan negara benar-benar dapat dicapai,” katanya.

Menurut beliau, penguatkuasaan yang lebih kukuh perlu disokong oleh penambahan kapasiti pegawai, sistem pemantauan digital dan kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta kementerian berkaitan bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara adil dan berkesan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN


Selain itu, Mohamad Zaini yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong turut mencadangkan agar pelaksanaan kadar penalti yang lebih tinggi mengambil kira prinsip kesaksamaan supaya hukuman yang dikenakan setimpal dengan tahap kesalahan dan tidak membebankan pengusaha kecil atau pembeli padi tempatan yang melakukan kesalahan pentadbiran tanpa unsur penipuan.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap peraturan baharu yang bakal digubal perlu melalui proses libat urus menyeluruh bersama pesawah, pengilang, pemborong, peruncit, pengguna serta kerajaan negeri bagi memastikan dasar yang diperkenalkan benar-benar praktikal dan memenuhi keperluan industri.

Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus

“Kejayaan sebenar akta ini tidak akan diukur semata-mata melalui peningkatan kadar denda ataupun pertambahan kuasa penguatkuasaan. Sebaliknya, ia bergantung kepada kecekapan pentadbiran, ketelusan pelaksanaan, integriti penguat kuasa, penggunaan teknologi serta hubungan baik antara kerajaan dengan seluruh pemain industri padi dan beras,” ujar beliau.

Di samping itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan menetapkan indikator penggredan beras yang jelas, selaras dengan piawaian yang diiktiraf, selain menyediakan mekanisme rayuan bagi menangani sebarang pertikaian berkaitan penggredan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’


Dalam masa sama, beliau berharap kawalan terhadap pemindahan padi dan beras dilaksanakan secara fleksibel agar tidak mengganggu kelancaran rantaian bekalan, khususnya di negeri-negeri pengeluar padi dan kawasan pedalaman.

Katanya, sekiranya semua aspek tersebut diperkasakan, pindaan akta berkenaan mampu menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara, melindungi kepentingan pesawah dan pengguna serta memastikan bekalan beras negara terus stabil. – UMNO Online

Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persefahaman BN-PN: Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Sebarang Pergaduhan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker