Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang

JEMPOL, 29 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir meletakkan tiga agenda utama sebagai keutamaan untuk diteruskan sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Menurut beliau, selepas hampir dua tahun sembilan bulan berkhidmat sebagai wakil rakyat, pelbagai isu tertunggak yang sebelum ini gagal diselesaikan telah berjaya ditangani demi kesejahteraan penduduk setempat.
“Alhamdulillah, dalam tempoh saya berkhidmat, banyak masalah yang sebelum ini tergendala telah berjaya diselesaikan dengan baik.
“Insya-Allah, sekiranya rakyat terus memberikan kepercayaan kepada saya, ada tiga agenda utama yang akan saya perjuangkan demi manfaat masyarakat Jeram Padang,” katanya.
Beliau berkata, agenda pertama ialah menaik taraf kemudahan pencahayaan di jalan utama bermula dari simpang IOI Bahau hingga ke Bulatan Rompin bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO/BN Gubal Dasar, Jaga Kebajikan Dan Angkat Martabat Ibu Tunggal – Shahrizat
- Manifesto Realistik, BN Tidak Janji ‘Bulan Dan Bintang’ – Mohd Asna
Persefahaman BN-PN: Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Sebarang Pergaduhan
“Perkara ini amat penting kerana laluan tersebut merupakan antara jalan utama yang sering digunakan penduduk setiap hari. Kemudahan lampu jalan yang lebih baik akan memberi manfaat kepada semua pengguna,” jelas beliau.
Agenda kedua pula adalah merealisasikan pembinaan sebuah stadium mini di Jeram Padang bagi memenuhi keperluan pembangunan sukan di kawasan itu.
Menurut Mohd Zaidy, Jeram Padang mempunyai ramai atlet berbakat dan sering melahirkan anak muda yang cemerlang dalam pelbagai bidang sukan, justeru kemudahan tersebut amat diperlukan sebagai pusat latihan dan pembangunan bakat.
Selain itu, beliau turut memberi penekanan kepada pembinaan jalan alternatif ke Kampung Orang Asli Panchor.
Katanya, ketika ini penduduk hanya menggunakan laluan melalui kawasan ladang persendirian yang sering mengalami kerosakan akibat dilalui kenderaan berat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Komited Pastikan Sekolah Kekal Selamat, Bebas Gejala Buli
- PRN: Sokongan Rakyat Kian Terarah Kepada BN – Suhaimi
PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN
“Jalan yang ada sekarang melalui kawasan ladang dan akhirnya mudah rosak. Sebab itu kita memohon supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kementerian
Kerja Raya membina laluan baharu yang lebih selesa dan selamat untuk kemudahan penduduk Kampung Orang Asli Panchor,” katanya lagi. – UMNO ONLINE
Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari
- BN Harap Momentum Peratusan Tinggi Undi Awal Berterusan Sabtu Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus
You must be logged in to post a comment.