‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN

SEREMBAN, 29 Julai – Golongan anak muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng tetap menaruh keyakinan kepada Barisan Nasional (BN) dan memilih calon parti itu, Datuk Mohd Asna Amin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Bagi Muhammad Noor Hafizan Ujang, 23, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dilihat kurang mendapat sambutan berbanding BN, selain beliau yakin dengan kemampuan Mohd Asna yang sentiasa turun padang dan dekat dengan rakyat.
Ujarnya, Mohd Asna juga dilihat prihatin terhadap golongan anak muda menerusi sokongan yang diberikan kepada pelbagai program dan aktiviti mereka di sekitar DUN Lenggeng.
“Beliau memang banyak menyokong anak-anak muda di kawasan sini, khususnya di sekitar DUN Lenggeng.
“Kalau ada apa-apa program, beliau selalu datang dan bersama-sama dengan rakyat. Jadi saya akan tetap mengundi BN pada PRN kali ini” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
- Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan
PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri
Menurutnya, BN menjadi pilihan kerana parti itu dilihat mampu memastikan kawasan DUN Lenggeng terus mendapat perhatian dan berada di bawah kepimpinan yang baik.
“Sebab BN ini terjaga. Kalau YB Asna jaga, secara keseluruhannya semua okey, tidak ada masalah dan semua orang gembira.
“Kalau dibandingkan dengan PH, ada bezanya juga. Kalau PH macam ‘sendu’ sikit,” katanya lagi.
Sementara itu, Aidil Shafiq Shah Ruddin, 28, berkata beliau turut memilih Mohd Asna kerana melihat komitmen calon BN itu dalam membantu masyarakat setempat khususnya golongan anak muda.
“Saya memilih YB Asna sebab beliau banyak mengetengahkan kebolehan anak-anak muda kampung yang ada di sini dan membawa perkara positif kepada kami.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari
- BN Harap Momentum Peratusan Tinggi Undi Awal Berterusan Sabtu Ini
Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus
“Bagaimana untuk kita membangunkan kampung dan kawasan ini? Untuk merealisasikannya, kita akan pilih YB Asna untuk menjaga kawasan ini sebab bagi saya beliau memang terbaik,” katanya kepada UMNO Online.
Aidil yang bekerja sebagai pemeriksa kenderaan berkata, sokongan terhadap BN turut didorong keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang menurutnya mampu membawa pembangunan dan kestabilan untuk jangka masa panjang.
“BN di hati. Saya daripada lahir lagi, keluarga saya memang memilih BN sebab kepimpinan mereka memang terbaik.
“Bagi saya, dalam pemilihan kerajaan kita kena pilih yang terbaik kerana perkara ini bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.
Sokongan yang dizahirkan kedua-dua pengundi muda itu memperlihatkan keyakinan terhadap BN dan Mohd Asna, khususnya berdasarkan komitmen calon berkenaan dalam mendekati rakyat serta memberi perhatian kepada keperluan golongan muda.
Menjelang PRN Negeri Sembilan, sokongan daripada golongan muda dilihat menjadi antara aspek penting dalam menentukan hala tuju politik negeri, dengan pengundi muda turut membuat pilihan berdasarkan rekod khidmat, kepimpinan dan kemampuan calon untuk membawa pembangunan kepada kawasan mereka. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
You must be logged in to post a comment.