Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu

Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu

Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu

RASAH, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman menzahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan berjaya mencapai kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ujarnya, keyakinan tersebut dizahirkan berdasarkan tahap sokongan yang ditonjolkan oleh masyarakat setempat ketika tempoh berkempen.

 

“Perlis merupakan negeri angkat kepada Parlimen Rasah dan DUN Labu. Saya lihat persiapan jentera BN berjalan dengan baik dan telah memasuki minggu terakhir kita berkempen.

“Melihat kepada tahap sokongan penduduk di Labu ini, saya percaya insya-Allah BN akan mencapai kemenangan dalam PRN Negeri Sembilan di DUN N20 Labu,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa penerimaan rakyat di Negeri Sembilan terhadap persefahaman di antara BN dan Perikatan Nasional (PN) adalah cukup memberangsangkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri


“Setakat ini apa yang saya lihat persefahaman kita bersama PN adalah amat baik. Sokongan yang diberikan oleh pihak PN terhadap calon BN di DUN Labu cukup memberangsangkan.

“Saya berharap agar persefahaman ini boleh kita kekalkan sehingga 1 Ogos nanti, iaitu pada hari membuang undi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut menyeru rakyat di kawasan DUN Labu untuk memberikan kepercayaan kepada BN bagi mengemudi kawasan tersebut.

“Kepada para pengundi, saya harap anda semua dapat memberi sokongan kepada Maira Hasim dan jangan lepaskan peluang untuk BN menjadi wakil kepada pengundi-pengundi ataupun rakyat di DUN Labu ini.

“Ini kerana DUN Labu ini merupakan satu-satunya DUN yang diwakili oleh UMNO/BN (dalam Parlimen Rasah) dan saya harap supaya kemenangan ini dapat memberikan semangat dan suntikan kekuatan kepada UMNO di Bahagian Rasah,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker