BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli

JEMPOL, 29 Julai – Barisan Nasional (BN) kekal konsisten memperjuangkan kebajikan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli menerusi pelbagai usaha dan inisiatif yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti berkenaan.
Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd. Nor berkata, komitmen tersebut diterjemahkan melalui pendekatan turun padang bagi mendengar sendiri pandangan, memahami keperluan serta meneliti harapan masyarakat Orang Asli agar setiap perancangan yang dilaksanakan benar-benar memenuhi kehendak komuniti tersebut.
“Pertemuan ini memberi ruang untuk saya beramah mesra dengan penduduk selain mendengar sendiri pandangan yang dikongsikan. Setiap pandangan amat bermakna dan menjadi suntikan semangat untuk saya terus memperjuangkan kebajikan serta pembangunan komuniti Orang Asli,” katanya yang mengadakan kunjungan mesra dan menziarahi masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Temarom, di sini pada Selasa.
Menurutnya, pembangunan masyarakat Orang Asli perlu dilaksanakan secara berterusan merangkumi aspek pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan sosial supaya mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
- Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan
PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri

Tambah Ramli lagi, dengan semangat kebersamaan serta sokongan berterusan kepada BN, lebih banyak agenda pembangunan dan inisiatif mampu direalisasikan demi meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli, sekali gus menjamin masa depan generasi akan datang.
“Saya percaya dengan kerjasama semua pihak, lebih banyak usaha dapat dilaksanakan bagi memastikan masyarakat Orang Asli terus menikmati pembangunan yang inklusif dan seimbang,” ujar individu pertama daripada etnik Orang Asli yang menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu.
Dalam masa yang sama, bekas pegawai kanan polis itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penduduk Kampung Sungai Temarom atas sambutan mesra yang diberikan sepanjang kunjungan tersebut.
“Terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Sungai Temarom atas layanan yang cukup baik dan penuh kasih sayang. Semoga silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan dan segala usaha yang dilaksanakan sentiasa diberkati,” katanya lagi. – UMNO ONLINE
BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
You must be logged in to post a comment.