Kebakaran 4 kilang di Kulim: Operasi padam masuk hari kedua

Kebakaran 4 kilang di Kulim: Operasi padam masuk hari kedua

Kebakaran 4 kilang di Kulim: Operasi padam masuk hari kedua
Operasi padam kebakaran empat kilang di Jalan Makmur 7, Taman Makmur, Lunas yang berlaku sejak semalam diteruskan hari ini. – Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

KULIM: Operasi memadam kebakaran membabitkan empat kilang di Jalan Makmur 7, Lunas, yang memasuki tempoh lebih 24 jam hari ini masih diteruskan bagi memastikan keseluruhan sisa api dipadam sepenuhnya.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 6.53 pagi semalam itu membabitkan dua kilang pakaian, sebuah kilang lilin dan sebuah kilang kotak.

Pada peringkat awal, kebakaran hanya membabitkan tiga kilang sebelum api merebak ke kilang keempat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata angin kuat serta bahan mudah terbakar seperti tekstil, kotak dan lilin menjadi antara cabaran utama dalam usaha mengawal kebakaran.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

“Operasi masih berjalan sehingga kini dan kerja-kerja overhaul dilakukan bagi memastikan sisa api dipadam sepenuhnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan


“Operasi pemadaman membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi Tech, BBP Sungai Petani dengan bantuan BBP Penanti, Pulau Pinang serta 19 Pasukan Bomba Sukarela (PBS),” katanya.

Beliau berkata, operasi itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Awang Hidzel berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari kilang lilin sebelum merebak ke kilang berhampiran.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

“Kilang lilin dan kilang kotak dianggarkan musnah 90 peratus, manakala dua kilang pakaian mengalami kemusnahan kira-kira 60 peratus.

“Operasi masih diteruskan dengan bantuan jentera berat bagi proses pemadaman dan setakat ini anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Kebakaran 4 kilang di Kulim: Operasi padam masuk hari kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker