Hilang ketika mandi air terjun, 3 mangsa ditemui selamat awal pagi
Hilang ketika mandi air terjun, 3 mangsa ditemui selamat awal pagi

DUNGUN: Dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan air terjun berhampiran Pondok Munazil Sidiqqin, Batu 5, di sini, ditemui selamat awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Yahaya Hanafi, berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Izham Haziq Mohd Ridhuan, 23; Muhammad Harraz Naufal Zamri, 10; dan Ahmad Al Baihaqi Ahmad Nazri, 10, ditemui kira-kira jam 2.20 pagi oleh orang awam.
Beliau berkata pihak bomba menerima laporan kejadian kira-kira jam 10.47 malam tadi sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan membabitkan 40 anggota bomba, polis serta penduduk kampung.
“Kesemua mangsa bersama seorang lagi rakan dikatakan masuk ke kawasan air terjun terbabit untuk mandi.
“Seorang daripada rakan mereka dipercayai pulang lebih awal dan meninggalkan kawasan kejadian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
Yahaya berkata, sebelum itu ketiga-tiga mangsa memaklumkan kepada rakan bahawa mereka mahu mendaki bukit mengikut laluan anak sungai berkenaan untuk mandi di bahagian atas air terjun.
Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga mangsa tidak pulang sehingga waktu malam menyebabkan keluarga membuat laporan polis.
“Berikutan itu, pasukan penyelamat bersama penduduk kampung menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada,” katanya.
Beliau berkata, hasil perbincangan bersama pihak polis, operasi pencarian ditangguhkan pada jam 1 pagi atas faktor keselamatan.
“Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung.
“Operasi mencari dan menyelamat ditutup sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi ini,” katanya.
Hilang ketika mandi air terjun, 3 mangsa ditemui selamat awal pagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Leka Di Saat Akhir, Jentera BN Diminta Kekalkan Momentum
- Jangan Sia-siakan Peluang Emas Timba Pengalaman Bersama Pemimpin Negara
- Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
You must be logged in to post a comment.