Tiga juruukur sesat dalam hutan ditemui selamat
Tiga juruukur sesat dalam hutan ditemui selamat
DUNGUN: Tiga juruukur yang dilaporkan sesat ketika menjalankan kerja mengukur tanah di kawasan hutan simpan Kampung Tok Kah, di sini, ditemui selamat malam tadi.
Mangsa, Wan Muhamad Haziem Wan Abdullah, 32, dari Pasir Putih, Kelantan; Wan Hafizuddin Aiman Wan Zamili, 23, dari Melor, Kelantan dan Muhammad Adam Ruzilan, 22, dari Pasir Putih, Kelantan, dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Yahaya Hanafi, berkata sebelum kejadian, ketiga-tiga mangsa memasuki kawasan hutan terbabit bagi menjalankan kerja mengukur tanah.
Beliau berkata, selepas selesai tugasan berkenaan, mangsa dipercayai tersesat apabila gagal menemui laluan keluar dari kawasan hutan itu.
“Pasukan bomba menerima panggilan kira-kira jam 7.30 malam sebelum enam anggota bersama polis bergegas ke lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
“Sebaik tiba, pihak kami mengesahkan kejadian selepas berjaya menghubungi mangsa melalui telefon.
“Berdasarkan koordinat lokasi yang dihantar mangsa, pasukan penyelamat masuk ke kawasan hutan berkenaan sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka berada,” katanya.
Yahaya berkata, pasukan penyelamat berjaya menjejaki lokasi ketiga-tiga mangsa sebelum membawa mereka keluar dari kawasan hutan berkenaan.
“Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 1.24 pagi tadi,” katanya.
Tiga juruukur sesat dalam hutan ditemui selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Leka Di Saat Akhir, Jentera BN Diminta Kekalkan Momentum
- Jangan Sia-siakan Peluang Emas Timba Pengalaman Bersama Pemimpin Negara
- Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN

You must be logged in to post a comment.