Dua maut selepas kereta terbabas ke parit di Sibu hari ini. – Foto Bomba
Dua maut kereta terbabas masuk parit

KUCHING : Dua maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Sungai Bidut, di Sibu, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa yang maut disahkan sebagai Leong Ann Kin, 46, dan Lee Leh Choo, 33.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, jentera bersama lapan anggota tiba di lokasi pada jam 2.59 petang dan mendapati sebuah kenderaan mengalami kemalangan kendiri sebelum terbabas ke dalam parit di bahu jalan.
“Ketika operasi dijalankan, kedua-dua mangsa didapati masih berada di dalam kenderaan yang terperosok di dalam parit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
“Kenderaan itu kemudiannya ditarik keluar menggunakan sebuah jentera pengorek yang berada berhampiran kawasan kejadian bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan bomba kemudian mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan menyelamat khas (rescue tool) dan pengusung (stretcher) sebelum menyerahkan mereka kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
Dua maut kereta terbabas masuk parit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Leka Di Saat Akhir, Jentera BN Diminta Kekalkan Momentum
- Jangan Sia-siakan Peluang Emas Timba Pengalaman Bersama Pemimpin Negara
- Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
You must be logged in to post a comment.