12 direman bantu siasatan kes godam MYIMMS
12 direman bantu siasatan kes godam MYIMMS

KUALA LUMPUR: Seramai 12 individu, termasuk enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Susulan itu, lima suspek direman tiga hari bermula semalam, manakala tujuh lagi suspek direman dua hari.
Selain empat pegawai imigresen dan dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat jabatan itu, turut direman ialah dua pengarah syarikat, tiga warga asing serta seorang pegawai polis yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an.
Kesemua suspek ditahan secara berasingan antara jam 2 hingga 5 petang kelmarin di Ibu Pejabat SPRM dan Pejabat Imigresen Pulau Pinang melalui operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Imigresen sejak Mei lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, dalam satu kenyataan semalam berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu disyaki telah meluluskan 1,306 PLKS palsu menggunakan kuota 2011 tanpa sebarang bayaran levi pas, sekali gus menyebabkan kerajaan kerugian anggaran RM2.4 juta.
“Hasil siasatan awal juga mendapati sindiket itu disyaki membayar wang rasuah antara RM1,000 hingga RM6,000 bagi setiap permohonan PLKS kepada pegawai imigresen terbabit sebagai balasan meluluskan permohonan tanpa mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata, operasi di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang itu turut dibantu CyberSecurity Malaysia (CSM), Telekom Malaysia dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM dengan operasi menggeledah dijalankan di premis syarikat serta pejabat imigresen di Pulau Pinang dan Putrajaya.
Dalam operasi itu, SPRM menyita harta alih antaranya wang tunai RM186,360, SGD700, barangan kemas bernilai RM15,700 dan pelbagai peranti elektronik termasuk telefon bimbit serta komputer riba yang dianggarkan bernilai RM36,000.
Abd Halim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
12 direman bantu siasatan kes godam MYIMMS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Leka Di Saat Akhir, Jentera BN Diminta Kekalkan Momentum
- Jangan Sia-siakan Peluang Emas Timba Pengalaman Bersama Pemimpin Negara
- Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
You must be logged in to post a comment.