Mangsa culik dengan tebusan RM7 juta ada kaitan langsung sindiket dadah

Mangsa culik dengan tebusan RM7 juta ada kaitan langsung sindiket dadah

Mangsa culik dengan tebusan RM7 juta ada kaitan langsung sindiket dadah
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan (tengah). – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Lelaki yang menjadi mangsa kes penculikan dengan tuntutan wang tebusan RM7 juta dipercayai terbabit secara langsung dalam sindiket pengedaran dadah tempatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan itu.

“Mana-mana yang ditangkap oleh polis sekarang, kita sedang siasat lagi rangkaian ahli-ahli lain yang terbabit.

“Mangsa itu dipercayai terbabit secara langsung dalam sindiket pengedaran dadah tempatan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa berusia 44 tahun ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK) selepas siasatan mendapati wujud elemen pengedaran dadah dalam kes penculikan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, mangsa ditahan oleh JSJN Bukit Aman selepas siasatan bersama mengenal pasti pembabitannya dalam sindiket pengedaran dadah.

Beliau turut memaklumkan polis menahan dua lagi lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terbabit dalam kes penculikan itu, termasuk seorang bekas anggota polis yang dipecat pada 2023 kerana terbabit dalam kes dadah.

Kes penculikan berkenaan sebelum ini dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 48 jam selepas polis menahan enam suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 30 hingga 46 tahun.

Mangsa culik dengan tebusan RM7 juta ada kaitan langsung sindiket dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker