Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 29 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peserta Program Executive Apprenticeship 2.0 Tahun 2026 perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan sepanjang tempoh sebulan program berlangsung bagi menimba pengalaman, memperluaskan jaringan profesional serta memahami secara langsung selok-belok pentadbiran negara.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, program tersebut bukan sekadar memberi pendedahan teori, sebaliknya membuka ruang kepada peserta untuk menjalani latihan secara praktikal di pejabat Menteri Besar, pejabat menteri, kementerian serta pelbagai agensi kerajaan.
Jelasnya, pengalaman yang diperoleh sepanjang program itu akan menjadi nilai tambah penting dalam membentuk mahasiswa yang lebih berdaya saing, berwawasan dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan.
“Program Program Executive Apprentice 2.0 Tahun 2026 ini adalah program sebulan. Tidak ada makna kalau program ini kita tidak membantu ke pejabat-pejabat Menteri Besar, pejabat-pejabat menteri dan kementerian atau agensi tertentu, tapi pelajar akan dapat pengalaman, serta mendapat ‘exposure’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
“Networking dan exposure, tempoh itu memang singkat. Gunakan itu sebagai ‘quality time’. Ramai mahasiswa yang mahu menyertai tetapi tidak mempunyai peluang, anda bernasib baik kerana diberikan peluang maka manfaatkan peluang tersebut,” beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Program Executive Apprentice 2.0 Tahun 2026.
Turut hadir, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Mohamad Alamin; Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Mohd Razlan Rafii; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta peserta-peserta Executive Apprentice 2.0.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengingatkan peserta supaya memanfaatkan sepenuhnya tempoh program yang diikuti untuk menimba pengalaman, memperluaskan jaringan profesional serta membina hubungan strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan kerjaya pada masa hadapan.

“Gunakanlah waktu ini dengan sebaik-baiknya, bukan hanya sekadar ikut menteri, menteri besar atau ketua menteri, tetapi harus menimba ilmu untuk tempoh sebulan ini,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan setiap individu perlu memberi penekanan kepada elemen utama bagi memastikan mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
“Technical know how’, iaitu penguasaan ilmu, pengetahuan serta kemahiran teknikal yang menjadi asas kepada sesuatu profesion. Di dalam apa juga kerjaya yang akan ceburi harus menekankan ‘product knowledge’. Itulah ilmu dan pengetahuan yang kita peroleh.
“Technical know who, siapa yang kita kenal. Dalam kerjaya ia penting, dan dalam dunia perniagaan juga ia sangat penting. Biasanya technical know who lebih penting daripada technical know how,” jelasnya lagi. – UMNO Online
Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
You must be logged in to post a comment.