Waspada Sindiket Penipuan Permohonan Tanah – Wan Rosdy
Waspada Sindiket Penipuan Permohonan Tanah – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kerajaan Negeri Pahang mengesan kewujudan satu sindiket penipuan yang menawarkan urusan permohonan tanah milik kerajaan di daerah Bentong dengan memperdaya orang ramai melalui kutipan bayaran dan urusan dokumentasi yang tidak sah.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sindiket terbabit didapati menawarkan urusan pemberimilikan tanah dengan meminta orang ramai membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum sebarang proses rasmi dilakukan.
Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau syarikat untuk menguruskan pemberimilikan tanah di luar prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.
“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tiada melantik mana-mana individu, ejen ataupun syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri di luar prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.”
Menurut beliau, kerajaan memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memperdaya rakyat atau menyalahgunakan nama Kerajaan Negeri bagi kepentingan pihak tertentu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memperdaya rakyat atau menyalahgunakan nama Kerajaan Negeri dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang bayaran, menandatangani dokumen atau menjalankan urusan berkaitan tanah tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menggesa mana-mana individu yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil.
Wan Rosdy berkata Kerajaan Negeri Pahang akan terus memastikan setiap urusan pentadbiran tanah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi undang-undang demi melindungi kepentingan rakyat daripada menjadi mangsa penipuan.
“Semak dahulu, jangan mudah percaya dan jangan sesekali menjadi mangsa penipuan,” katanya. – UMNO Online
Waspada Sindiket Penipuan Permohonan Tanah – Wan Rosdy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Leka Di Saat Akhir, Jentera BN Diminta Kekalkan Momentum
- Jangan Sia-siakan Peluang Emas Timba Pengalaman Bersama Pemimpin Negara
- Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
You must be logged in to post a comment.