DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham

DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham

DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham
Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba

PORT DICKSON, 30 Julai – Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba menzahirkan keyakinan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, calon BN bagi kerusi DUN Chuah, Ah Pau merupakan anak jati tempatan dan menepati segala kriteria untuk menjadi wakil rakyat.

 

“DUN Chuah, Ah Pau ini… dia anak tempatan dan ada ‘basic’ untuk menang kerana ‘package’ yang dia ada itu melihatkan bahawa pengundi-pengundi di sini sedia beri sokongan kepada BN.

“Jadi, gelombang biru yang berlaku di Johor sudah mula merebak di sini. Dengan menyatakan bahawa walaupun kita tubuhkan Kerajaan BN Negeri Sembilan, ia sebenarnya tidak akan mengganggu pentadbiran di pusat.

“Ah Pau ini mudah didekati, mempunyai visi yang baik dan dia hormat kepada semua orang di kawasan ini. Jadi, kalau kita tak pilih dia, rugilah. Jadi, saya ingin menyeru dan berharap agar rakyat di DUN Chuah ini, berilah undi kepada Ah Pau kali ini,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan


Dalam pada itu, beliau berpandangan persefahaman politik yang terjalin di Negeri Sembilan walaupun berbeza seperti di Johor, ia merupakan strategi yang baik untuk memperoleh kemenangan.

“Di Johor bertanding secara solo di 56 DUN di bawah BN kerana kita tubuhkan Kerajaan Negeri Johor sebelum Kerajaan Perpaduan. Jadi, tidak ada sebab untuk adakan kerjasama dengan mereka.

“Strategi Presiden kita sangat baik sebenarnya. Beliau mempunyai visi yang terbaik untuk mencari kaedah kemenangan,” katanya lagi.

DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja itu turut menyeru jentera supaya terus memantapkan gerak kerja.

“Pada saat-saat akhir ini jentera perlu digerakkan sehabis baik. Esok kena ‘reconcile’ semua undi yang kita boleh dapat daripada UMNO, MCA, MIC, kaum Cina, Melayu dan India.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini


“Jadi, saya dapat merasakan bahawa DUN Chuah ini akan kembali ke BN. Begitu juga dengan DUN Sri Tanjung di samping dapat mengekalkan DUN Linggi.

“Kemenangan ini amat diperlukan kerana kita nak bina Negeri Sembilan yang makmur, maju, dan juga bekerjasama dengan masyarakat,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas DUN dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman​

DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker