PRN NS: Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Parti Lawan

PRN NS: Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Parti Lawan

PRN NS: Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Parti Lawan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

KUALA PILAH, 30 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap rakyat dan jentera parti tidak terpengaruh dengan sebarang propaganda yang dimainkan pihak lawan pada saat-saat akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata ini kerana pada ketika ini ada propaganda yang dimainkan pihak lawan yang menggambarkan seolah-olah berlaku perpecahan dalam hubungan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Dalam tempoh akhir ini, saya berharap jentera kita tidak terpengaruh dengan propaganda yang dimainkan oleh parti lawan.

“Antara propaganda yang dibawa adalah cubaan menggambarkan seolah-olah berlaku perpecahan dalam hubungan kerjasama antara BN dan PN dibuat seolah-olah berlaku perpecahan untuk mengurangkan keyakinan terhadap sokongan yang ada.

“Perkara tersebut telah pun dinafikan oleh Pengerusi BN dan Pengerusi PN sendiri. Saya berharap penjelasan itu akan membuatkan jentera untuk terus bekerja kuat serta memperkemas kerjasama di semua peringkat,” katanya ketika ditemui UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN


Mengulas berkenaan kempen yang menghampiri ke penghujung, beliau berkata gerak kerja jentera ketika ini jelas kelihatan berjalan dengan baik.

Namun Shamsul turut berharap semua pihak perlu lebih berhati-hati agar tidak melakukan sebarang kesilapan yang boleh dimanfaatkan pihak lawan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, sebarang kesilapan sama ada melibatkan ucapan mahupun gerak kerja boleh memberi ruang kepada pihak lawan mencipta persepsi negatif terhadap BN.

“Apa yang penting pada saat akhir ini, selepas bekerja dalam tempoh yang panjang, kita perlu menggandakan lagi usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat, khususnya mendekati golongan muda di samping kelompok masyarakat yang lain.

“Saya yakin dari segi gerak kerja jentera, semuanya berjalan dengan baik. Namun begitu, saya ingin mengingatkan khususnya kepada jentera yang terlibat supaya tidak melakukan sebarang kesilapan pada saat-saat akhir ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan


“Sebarang kesilapan sama ada dari segi ucapan mahupun gerak kerja akan diambil kesempatan oleh pihak lawan untuk menimbulkan persepsi negatif dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kita.

“Dengan kerjasama serta komitmen semua pihak, saya yakin jentera kita mampu berjalan dengan baik dan menjawab segala isu yang dibangkitkan,” ujar beliau.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk memilih kerajaan baharu.

Pilihan raya kali ini menyaksikan persaingan beberapa gabungan utama termasuk BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) serta calon bebas di 36 kerusi DUN. – UMNO Online

PRN NS: Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Parti Lawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

NS: Beri Peluang BN Gerakkan Semula Agenda Pembangunan Tertangguh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker