Semangat Demokrasi Terus Mekar, Pengorbanan Jentera Tidak Ternilai

Semangat Demokrasi Terus Mekar, Pengorbanan Jentera Tidak Ternilai

GEMENCHEH, 2 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka dalam proses demokrasi dengan penuh aman, tertib dan semangat, sekali gus menyifatkan penyertaan rakyat sebagai cerminan kematangan demokrasi di negara ini.

Menurut beliau, setiap undi yang diberikan merupakan amanah besar yang perlu dihormati, selain menjadi bukti komitmen rakyat dalam menentukan masa depan kawasan dan negeri.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah keluar menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam suasana yang aman, tertib dan penuh semangat demokrasi.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada petugas dan jentera Barisan Nasional(BN) para sukarelawan, penyokong, serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen. Pengorbanan masa, tenaga dan doa yang dicurahkan amat saya hargai dan akan sentiasa saya kenang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga yang sentiasa menjadi sumber kekuatan sepanjang tempoh berkempen dengan memberikan sokongan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SWP, Skuad Sayang 3K Santuni Pesakit Uzur Dan Strok – Dr Masliha


Pada masa sama, Suhaimizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan perjalanan proses demokrasi serta menghormati setiap calon yang bertanding dalam suasana harmoni dan penuh tertib.

“Kini, marilah kita bersama-sama menanti keputusan dengan tenang, menghormati proses demokrasi dan menerima segala ketentuan dengan hati yang terbuka.

“Terima kasih, Gemencheh. Semoga Allah SWT memberkati kita semua,” ujarnya.- UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Gadaikan Masa Depan Negeri Sembilan, Pilih Kerajaan Berpengalaman – Hasni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker