DUN Sungai Lui: Beri BN Mandat Untuk Selesaikan Isu Generasi FELDA
DUN Sungai Lui: Beri BN Mandat Untuk Selesaikan Isu Generasi FELDA

SUNGAI LUI, 30 Julai – Barisan Nasional (BN) komited untuk menyelesaikan pelbagai isu yang membelenggu warga FELDA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui sekiranya diberikan mandat mentadbir kerajaan negeri, kata calon BN Datuk Mohd Razi Mohd Ali.
Menurut beliau, DUN Sungai Lui mempunyai lapan rancangan FELDA yang berdepan pelbagai isu, khususnya berkaitan lot perumahan generasi, projek perumahan terbengkalai serta beberapa perkara lain yang telah dikenal pasti untuk diselesaikan.
“Di kawasan DUN Sungai Lui ini kita mempunyai lapan rancangan FELDA. Sebenarnya penyelesaian kepada masalah yang ada telah pun dirangka melalui Task Force FELDA yang kita tubuhkan sebelum ini.
“Isu lot perumahan generasi FELDA, projek perumahan terbengkalai dan pelbagai lagi telah dibincangkan secara menyeluruh. Kita mempunyai formula dan pendekatan yang jelas bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.
Mohd Razi turut menyeru pengundi agar memberikan kepercayaan kepada BN kerana beliau yakin kerajaan yang diterajui BN mampu merealisasikan penyelesaian terhadap isu-isu yang telah lama dihadapi oleh generasi FELDA.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kebajikan Peneroka, Rumah Generasi Kedua FELDA Terus Dipinggirkan Di Bawah PH
- DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham
- Waspada Sindiket Penipuan Permohonan Tanah – Wan Rosdy
NS: Beri Peluang BN Gerakkan Semula Agenda Pembangunan Tertangguh
“Insya-Allah, hasrat kebanyakan generasi FELDA adalah untuk melihat dua perkara utama ini diselesaikan, iaitu pemutihan lot-lot yang ada serta penyediaan lot perumahan bagi generasi FELDA,” ujarnya.
Tambah beliau, perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan hanya boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya BN diberi mandat mentadbir Negeri Sembilan.
“Jika kita dapat mengambil alih kerajaan negeri, sudah tentu perkara ini akan menjadi keutamaan pentadbiran kita dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Kita mahu memastikan generasi FELDA terus mendapat perhatian, bukan sahaja dari aspek pembangunan penempatan, malah turut diperkasakan melalui pembangunan modal insan agar mereka terus menikmati masa depan yang lebih baik,” katanya. – UMNO ONLINE
DUN Sungai Lui: Beri BN Mandat Untuk Selesaikan Isu Generasi FELDA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI TH: Kebenaran Terbukti, LOD Gantirugi RM5 Juta Berjaya Diserahkan Kepada Pemfitnah
- Kepimpinan Parti Dengar Hasrat Orang Melayu Mahukan Penyatuan – Bastien
- PRN NS: Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Parti Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SWP, Skuad Sayang 3K Santuni Pesakit Uzur Dan Strok – Dr Masliha
You must be logged in to post a comment.