25 Tahun Puteri UMNO: Ahmad Zahid Hargai Pengorbanan, Yakin Teruskan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan selamat ulang tahun ke-25 kepada Pergerakan Puteri UMNO serta menzahirkan penghargaan atas komitmen dan pengorbanan seluruh kepimpinan serta ahlinya dalam memperkukuh perjuangan parti.
Menurut beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), sepanjang 25 tahun penubuhannya, Pergerakan Puteri UMNO terus mewarnai perjuangan parti dengan semangat, keberanian dan iltizam yang tidak pernah luntur.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli Puteri UMNO Malaysia yang diterajui oleh Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi atas dedikasi yang dipamerkan.
Ahmad Zahid berkata, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, beliau menyaksikan sendiri kesungguhan jentera Puteri yang bekerja tanpa mengenal penat lelah.
“Ada yang turun dari rumah ke rumah, menggerakkan media sosial, menyusun program dan menjadi tulang belakang jentera di setiap kawasan. Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan yang dicurahkan,” katanya menerusi satu hantaran sempena ulang tahun ke-25 Pergerakan Puteri UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Unsur ‘Sakau’, Curi Dalam Laporan RCI Tabung Haji – Jamil Khir
- PRN: Manifesto BN Selari Keperluan Semasa Rakyat – Ismail
- DUN Sungai Lui: Beri BN Mandat Untuk Selesaikan Isu Generasi FELDA
BN Terbukti Berpengalaman… Ikrar Wanita NS Mampu Dilaksanakan – Bibi Sharliza
Beliau berkata, Puteri UMNO perlu terus menjadi wajah anak muda yang dekat dengan rakyat, berani mengetengahkan idea baharu serta sentiasa bersedia memikul amanah demi memastikan perjuangan parti terus relevan.
Tambah beliau, kekuatan generasi muda merupakan aset penting yang akan menentukan masa depan perjuangan UMNO.
“Semangat inilah yang perlu terus dipertahankan kerana masa depan perjuangan banyak bergantung kepada kekuatan generasi muda hari ini,” katanya lagi.
Ahmad Zahid juga berharap Pergerakan Puteri UMNO akan terus berbakti dengan penuh keikhlasan serta menjadi inspirasi kepada generasi wanita muda negara dalam meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRN N. Sembilan: Rozabil Ucap Tahniah, Hargai Pengorbanan Seluruh Jentera
- Semangat Demokrasi Terus Mekar, Pengorbanan Jentera Tidak Ternilai
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mandat Rakyat Kukuhkan BN-PN, Demi Kestabilan Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.