Lebih 500 Pelajar Ke Timur Tengah, Dr Zambry Pesan Jadi ‘Duta Kecil’ Malaysia
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berbesar hati bertemu lebih 500 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke negara-negara Timur Tengah menerusi Program Karisma Pelajar Antarabangsa.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, para pelajar tersebut bakal menyambung pengajian dalam pelbagai bidang di Mesir, Maghribi dan Jordan dengan keberangkatan mereka dijadualkan bermula 1 September ini.
“Ini anak-anak pelajar yang bakal menyambung pengajian di negara-negara Timur Tengah. Ada yang akan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Pada wajah mereka inilah kita meletakkan harapan untuk melihat lahirnya generasi ilmuwan dan pemimpin masa hadapan negara.
“Dalam sesi dialog bersama mereka, pelbagai persoalan telah dilontarkan. Saya turut berkongsi pengalaman ketika bergelar mahasiswa di luar negara suatu ketika dahulu.
“Belajar di negara orang bukan sekadar tentang mendapatkan segulung ijazah. Di situlah kita belajar berdikari, mengurus kehidupan sendiri, mengenali budaya dan masyarakat yang berbeza serta membina kematangan dalam menghadapi pelbagai cabaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum Kemenangan BN, Kekalkan Semangat Juang
- 25 Tahun Puteri UMNO: Dari Pelengkap Kepada Penggerak
25 Tahun Puteri UMNO: Ahmad Zahid Hargai Pengorbanan, Yakin Teruskan Perjuangan
“Ada perkara yang tidak akan kita temui di dalam bilik kuliah, tetapi hanya dapat dipelajari melalui pengalaman kehidupan,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.
Dr Zambry dalam pada itu memaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bersama Education Malaysia Global Services (EMGS) serta pejabat Education Malaysia di negara-negara berkaitan, akan sentiasa berusaha memberikan khidmat dan sokongan terbaik sepanjang keberadaan mereka di perantauan.
Beliau turut berpesan agar para pelajar sentiasa mengingati tanah air serta menjadi “duta kecil” Malaysia dengan membawa bersama adab, akhlak dan nilai-nilai murni rakyat negara ini.
“Pesan saya kepada anak-anak ini, pergilah menuntut ilmu sejauh mana sekalipun, tetapi jangan pernah lupa tanah air yang membesarkan kita. Jadilah “duta kecil” Malaysia. Bawa bersama adab, akhlak dan nilai-nilai terbaik rakyat Malaysia. Kumpulkan sebanyak mungkin ilmu, pengalaman dan jaringan persahabatan sepanjang berada di negara orang.
“… dan apabila tiba masanya nanti, pulanglah membawa segala ilmu dan pengalaman itu untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.
Mandat Rakyat Kukuhkan BN-PN, Demi Kestabilan Negeri Sembilan
“Saya mendoakan semua yang berada di hadapan saya hari ini, akan lahir suatu hari nanti para ilmuwan, pendidik, profesional dan pemimpin yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, tetapi turut melahirkan lebih ramai insan berilmu serta membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Tegas Perjuang Pelancongan Di Bawah Senarai Bersama Selaras Semangat MA63 – Jafry
- Melaka Sedia Sambut Hari Landskap Negara 2026, Perkukuh Imej Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET

You must be logged in to post a comment.