Israk Tinjau Pembangunan Perikanan Johor, Perkukuh Sekuriti Makanan Negeri

Israk Tinjau Pembangunan Perikanan Johor, Perkukuh Sekuriti Makanan Negeri

JOHOR BAHRU, 4 Ogos – Kerajaan Negeri Johor terus komited memperkukuhkan sektor perikanan sebagai antara pemacu utama sekuriti makanan dan pembangunan ekonomi luar bandar menerusi kerjasama erat bersama agensi berkaitan serta institusi penyelidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Md Israk Abdullah berkata, beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perikanan Negeri Johor bersama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Sahrihan Jani, bagi meneliti hala tuju pembangunan sektor perikanan, sekuriti makanan serta industri hiliran di negeri ini.

Menurut beliau, selain mendengar taklimat mengenai perancangan dan pelaksanaan program jabatan, lawatan tersebut turut memberi peluang untuk melihat sendiri operasi makmal Jabatan Perikanan yang memainkan peranan penting dalam proses analisis serta pemantauan kualiti air.

Katanya, aspek berkenaan amat penting bagi memastikan kesihatan hidupan akuatik, meningkatkan produktiviti industri akuakultur dan menjamin keselamatan bekalan makanan negara.

Dalam lawatan sama, Israk turut mengunjungi Fishery Research Institute (FRI) bagi meninjau aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sedang dilaksanakan, termasuk projek ternakan ikan tilapia dan udang harimau yang disifatkan mempunyai potensi besar untuk terus diperkasakan sebagai komoditi bernilai tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Mula Tugas Sebagai MB, Barisan EXCO Dalam Penelitian

Beliau berkata, pembangunan sektor perikanan perlu bergerak seiring dengan usaha memelihara kelestarian sumber marin menerusi pengurusan sumber yang mampan, penyelidikan berterusan serta penggunaan teknologi moden bagi menjamin sekuriti makanan negara untuk jangka panjang.

“Selaras dengan aspirasi Agenda Maju Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama bersama Jabatan Perikanan Malaysia, institusi penyelidikan dan pemain industri bagi menjadikan Johor sebagai peneraju industri perikanan yang moden, berdaya saing serta mampan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor serta seluruh warga jabatan atas taklimat, perkongsian ilmu dan komitmen yang diberikan sepanjang lawatan kerja tersebut.- UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 Pacu Reformasi Perundangan, Perkukuh Tadbir Urus Digital

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker