‘Dakwaan PH Sertai Barisan EXCO Negeri Sembilan Tidak Berasas’

‘Dakwaan PH Sertai Barisan EXCO Negeri Sembilan Tidak Berasas’

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman menafikan dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) akan berada dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata dakwaan tersebut adalah melulu dan tidak berasas kerana tiada sebarang perbincangan pernah diadakan melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung perkara itu.

“Tuduhan bahawa PH akan berada dalam barisan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan adalah satu kenyataan yang melulu dan tidak berasas.

“Sekiranya perkara ini berlaku, sudah semestinya kami sebagai calon dari BN Negeri Sembilan yang baharu memenangi pilihan raya negeri lalu akan dibawa berbincang mengenainya.

“Sebaliknya, perkara ini tidak pernah dibincangkan sama sekali sehingga hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 Pacu Reformasi Perundangan, Perkukuh Tadbir Urus Digital

Mengulas lanjut, beliau berharap semua pihak menghentikan spekulasi dan memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan rakyat.

“Justeru, saya berharap semua pihak untuk memberi ruang kepada Datuk Ismail Lasim melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan.

“Rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan, kini kita harus terus bekerja dan bukannya membuang masa bermain politik sepanjang masa,” ujar beliau.

Penafian Saiful itu dibuat susulan laporan sebuah portal berita yang mendakwa PH berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan menerusi pembentukan barisan EXCO. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rais Santuni Peniaga, Tinjau Persiapan Hari Landskap Negara 2026

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker