ANGKASA Perkukuh Rantaian Bekalan Demi Lonjak Prestasi Koperasi – Abdul Fattah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Gerakan Koperasi negara terus membuktikan peranannya sebagai antara pemacu utama ekonomi apabila merekodkan prestasi memberangsangkan, sekali gus mengukuhkan keperluan terhadap sistem logistik yang lebih cekap dan berdaya saing bagi menyokong pertumbuhan sektor berkenaan.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga 31 Disember 2025, Malaysia merekodkan sebanyak 16,468 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.33 juta orang, memiliki aset bernilai RM186.75 bilion serta perolehan mencecah RM81.62 bilion.
Jelasnya, pencapaian tersebut membuktikan gerakan koperasi kekal sebagai antara tonggak penting pembangunan ekonomi negara dan memerlukan sokongan infrastruktur logistik yang lebih kukuh bagi memastikan momentum pertumbuhan itu dapat diteruskan secara mampan.
“Pencapaian tersebut membuktikan gerakan koperasi kekal menjadi antara pemacu utama pembangunan ekonomi negara dan memerlukan sokongan infrastruktur logistik yang lebih kukuh bagi memastikan pertumbuhan itu dapat diteruskan.
“Pertumbuhan positif sektor koperasi perlu disokong oleh sistem logistik yang mantap, selaras dengan perkembangan sektor perkhidmatan negara yang merekodkan hasil sebanyak RM2.6 trilion sepanjang tahun 2025.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Israk Tinjau Pembangunan Perikanan Johor, Perkukuh Sekuriti Makanan Negeri
- Hubungan Malaysia–Kemboja Diperkukuh Menerusi Mesyuarat JCBC Selepas Dua Dekad
Rais Santuni Peniaga, Tinjau Persiapan Hari Landskap Negara 2026
“Pada masa sama, subsektor pengangkutan dan penyimpanan turut mencatat pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus pada suku keempat tahun lalu, sekali gus menunjukkan kepentingan rantaian bekalan yang cekap dalam merangsang aktiviti ekonomi negara,” katanya lagi.
Mengulas lanjut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO menjelaskan kerjasama strategik bersama CJ Century Logistics Sdn. Bhd.

“Pengalaman luas syarikat yang beroperasi di lebih 40 negara, selain memiliki 25 gudang dan lebih 700 lori di Malaysia, akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuhkan sistem pengurusan logistik koperasi.
“Melalui kerjasama tersebut, ANGKASA akan bertindak sebagai penyelaras utama yang menghubungkan koperasi dengan penyedia perkhidmatan logistik bertaraf antarabangsa bagi memastikan pengedaran produk dapat dilaksanakan secara lebih pantas, cekap dan kos efektif,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata Pusat Pengedaran ANGKASA turut menjadi pemangkin kepada pengembangan Program BA100 yang kini melibatkan 3,646 outlet BA100 serta tujuh outlet ANGKASAMART di seluruh negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Kaji Caj Ke Atas Jualan EV Biaya Pembinaan Pengecas Awam – Johari Abdul Ghani
- Lebih 500 Pelajar Ke Timur Tengah, Dr Zambry Pesan Jadi ‘Duta Kecil’ Malaysia
- Keamanan, Kestabilan Serantau Perlu Terus Dipelihara Melalui Dialog Dan Diplomasi
Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 Pacu Reformasi Perundangan, Perkukuh Tadbir Urus Digital
“Pusat ini disasarkan menjana pendapatan sebanyak RM18.8 juta menjelang tahun 2027, sebelum meningkat kepada RM38.5 juta dalam tempoh lima tahun melalui peluasan rangkaian pengedaran serta peningkatan penyertaan koperasi di seluruh negara.
“Inisiatif tersebut selari dengan aspirasi Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) yang memberi penekanan terhadap transformasi digital, pemerkasaan infrastruktur serta pengukuhan ekosistem perniagaan koperasi secara menyeluruh,” ujarnya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Perkukuh Agenda Kebajikan, Santuni Rakyat Melaka
- MARA Perkasa Pengantarabangsaan TVET, Perkukuh Kerjasama Pendidikan Dengan Australia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dakwaan PH Sertai Barisan EXCO Negeri Sembilan Tidak Berasas’
You must be logged in to post a comment.