Perak Sasar 50 Pingat Emas SUKMA, 25 Para SUKMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kerajaan Negeri Perak meletakkan sasaran untuk membawa pulang 50 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dan 25 pingat emas bagi Para SUKMA.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang kontinjen negeri itu pada SUKMA Sarawak dua tahun lalu apabila berjaya memenuhi sasaran 35 pingat emas yang ditetapkan.
“Dua tahun lalu, kita menyasarkan 35 pingat emas di SUKMA Sarawak dan Perak berjaya membawa pulang 35 pingat emas. Kali ini, di SUKMA dan Para SUKMA Selangor kita datang dengan misi yang lebih besar.
“Petang tadi saya menyerahkan bendera kepada Kontinjen SUKMA dan Para SUKMA Negeri Perak yang akan membawa cabaran ke Selangor.
“Seramai 790 atlet SUKMA dan 112 atlet Para SUKMA akan menggalas amanah mewakili lebih 2.5 juta rakyat Perak,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Perkukuh Agenda Kebajikan, Santuni Rakyat Melaka
- MARA Perkasa Pengantarabangsaan TVET, Perkukuh Kerjasama Pendidikan Dengan Australia
- ‘Dakwaan PH Sertai Barisan EXCO Negeri Sembilan Tidak Berasas’
ANGKASA Perkukuh Rantaian Bekalan Demi Lonjak Prestasi Koperasi – Abdul Fattah
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkata, sasaran tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia mampu dicapai sekiranya seluruh kontinjen bergerak sebagai satu pasukan.

“Kali ini kita menyasarkan 50 pingat emas bagi SUKMA manakala 25 pingat emas bagi Para SUKMA dengan kedua-dua kontinjen berada dalam kelompok lima terbaik negara.
“Ini bukan sasaran yang mudah. Tetapi saya percaya, tiada yang mustahil apabila orang Perak bergerak sebagai satu pasukan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau turut menyeru semua atlet agar berjuang dengan penuh semangat, mempertahankan maruah negeri dan memberikan aksi terbaik di setiap gelanggang.
“Ayuh kita pecahkan rekod terbaik Perak, kibarkan bendera negeri dengan penuh bangga dan biarkan Lagu Kebesaran Negeri Perak berkumandang berkali-kali di bumi Selangor,” katanya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta Baharu MARA 2026 Perkukuh Tadbir Urus – Dr Asyraf Wajdi
- Johari Bincang Kerjasama Strategik Dengan EU-ABC
- Salina Terus Perkukuh Kebajikan Rakyat, Perkasa Usahawan Behrang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati Mandat Rakyat, Beri Ruang MB Negeri Sembilan Jalankan Tugas
You must be logged in to post a comment.