Program Semarak Maghrib Dan Isyak Perkasa Syiar Islam, Terjemah Komitmen Kerajaan Negeri Johor

Program Semarak Maghrib Dan Isyak Perkasa Syiar Islam, Terjemah Komitmen Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuhkan agenda memperkasa syiar Islam menerusi pelaksanaan Program Semarak Maghrib dan Isyak yang akan diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri sebagai usaha mengimarahkan masjid serta menyuburkan budaya solat berjemaah dalam kalangan umat Islam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan program tersebut mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan institusi masjid terus menjadi pusat penyatuan ummah, penyebaran ilmu dan pembangunan rohani masyarakat.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga merupakan antara manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang kini diterjemahkan melalui pelaksanaan komitmen yang telah dijanjikan kepada rakyat.

“Program Semarak Maghrib dan Isyak merupakan manifestasi iltizam Kerajaan Negeri Johor untuk terus mengimarahkan masjid-masjid serta menyemarakkan budaya solat berjemaah dalam kalangan umat Islam. Amanah yang diberikan oleh Bangsa Johor akan terus kami terjemahkan melalui pelaksanaan setiap komitmen yang telah dijanjikan,” katanya.

Ujarnya, program sulung itu telah diadakan di Masjid Jamek As-Syakirin, Bukit Saujana dan menjadi permulaan kepada pelaksanaan inisiatif berkenaan di seluruh negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

ANGKASA Perkukuh Rantaian Bekalan Demi Lonjak Prestasi Koperasi – Abdul Fattah


Menurut Onn Hafiz, usaha tersebut merupakan kesinambungan kepada inisiatif menyemarakkan Solat Subuh berjemaah yang dilaksanakan sebelum ini, dengan tumpuan kini diperluaskan kepada Solat Maghrib dan Isyak agar masjid sentiasa hidup dengan ibadah, majlis ilmu serta pelbagai pengisian kerohanian.

“Jika sebelum ini kita berusaha menyemarakkan Solat Subuh berjemaah di seluruh negeri, ikhtiar ini diteruskan dengan menyemarakkan Solat Maghrib dan Isyak agar masjid sentiasa hidup dengan solat berjemaah, majlis ilmu dan pengisian rohani,” ujarnya.

Program tersebut turut diserikan dengan Perkongsian Hadis 40 bertajuk Niat Penentu Perbuatan Hamba yang disampaikan oleh As-Syeikh Tuan Haji Mohd Zaini Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, selain bacaan Surah Al-Mulk sebagai pengisian rohani kepada para jemaah yang hadir.

Dalam masa sama, beliau menyeru seluruh umat Islam khususnya di Johor agar bersama-sama menjayakan Program Semarak Maghrib dan Isyak serta terus memakmurkan rumah Allah SWT.

“Saya ingin mengajak seluruh umat Islam, khususnya di Negeri Johor, untuk bersama-sama menjayakan Program Semarak Maghrib dan Isyak serta terus hadir memakmurkan rumah Allah SWT. Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk terus meningkatkan syiar Islam dalam membina Johor yang maju berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,” katanya lagi. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati Mandat Rakyat, Beri Ruang MB Negeri Sembilan Jalankan Tugas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker