Polis teliti CCTV kesan suspek simbah petrol, bakar wanita di Kepong

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Taman Pusat Kepong, di sini, bagi mengesan lelaki yang dipercayai membakar seorang wanita warga emas berusia 62 tahun di sebuah premis nombor ramalan, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata pihaknya sedang meneliti rakaman dari kawasan sekitar bagi mengenal pasti pergerakan suspek sebelum dan selepas kejadian.
“Kami sudah mendapatkan rakaman CCTV dan sedang dalam proses menelitinya.
“Identiti suspek dan motif serangan masih dalam siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu media melaporkan, seorang wanita warga emas melecur 50 peratus selepas disimbah cecair disyaki petrol sebelum dibakar seorang lelaki tidak dikenali di sebuah premis menjual nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, di sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, pihaknya menerima panggilan melalui MERS999 kira-kira jam 8 pagi berhubung kejadian itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.