Budak lelaki 7 tahun dikhuatiri lemas terjatuh sungai

Budak lelaki 7 tahun dikhuatiri lemas terjatuh sungai
Anggota bomba menjalankan operasi SAR membabitkan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, malam ini. – Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain bersama rakannya di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.06 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun yang terjatuh ke dalam sungai pada jam 6.30 petang ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya.

“Kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun


Ashrul berkata, operasi pencarian ketika ini dijalankan menggunakan kaedah surface searching atau pencarian di permukaan.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sedang dalam perjalanan ke lokasi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker