Kebakaran 100 hektar hutan di Sri Aman, dikhuatiri burukkan lagi jerebu Sarawak

KUCHING: Ketika kualiti udara semakin merosot akibat asap rentas sempadan, kebakaran hutan di Sri Aman dikhuatiri memburukkan keadaan jerebu di negeri ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata kebakaran yang bermula tengah hari tadi merebak kira-kira 100 hektar kawasan hutan di Jalan Kejatau-Lingga, Sri Aman.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bergerak ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi pada jam 1.35 tengah hari dan operasi pemadaman dimulakan dengan kekuatan tujuh anggota.
“Operasi berkenaan menggunakan sumber air terbuka dari parit dan turut mendapat bantuan bekalan air daripada lori tangki Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta lori tangki dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang menyalurkan air ke tangki jentera bomba,” katanya dalam kenyataan malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semarak Subuh Johor Perkukuh Penghayatan Agama, Satukan Ummah
- 10 ADUN Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Hari Ini
Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun
“Usaha pemadaman turut dibantu sebuah jengkaut daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sri Aman bagi membantu operasi membendung kebakaran.
“Ketika operasi dihentikan pada jam 7.50 malam, kira-kira 20 hektar daripada keseluruhan 100 hektar kawasan terbakar berjaya dipadamkan, manakala 80 hektar lagi masih belum dipadamkan sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi akan disambung semula esok berikutan keadaan gelap tanpa pencahayaan yang mencukupi serta kekurangan sumber air di lokasi kejadian.
“Antara cabaran dihadapi pasukan operasi ialah ketiadaan liputan komunikasi, tiupan angin kencang yang menyebabkan api cepat merebak, kekurangan sumber air terbuka seperti parit serta keadaan jalan yang sempit dan menyukarkan pergerakan jentera,” katanya.
Sri Aman antara lokasi yang mencatat indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan 114 setakat jam 9 malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.