Semarak Subuh Johor Perkukuh Penghayatan Agama, Satukan Ummah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan program Semarak Subuh Johor 2026 merupakan inisiatif yang mampu memperkukuh penghayatan agama serta menyemarakkan budaya solat berjemaah dalam kalangan masyarakat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulai berkata program yang berlangsung di Masjid Al Mubarak, Bandar Putra, Kulai pada pagi Jumaat itu mendapat sambutan menggalakkan apabila jemaah hadir memenuhi saf bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
“Program #SemarakSubuhJohor2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada pagi Jumaat ini.
“Kehadiran seramai 178 jemaah memenuhkan saf menunjukkan kesungguhan dan kekuatan ukhuwah masyarakat dalam mengimarahkan rumah Allah serta mendirikan solat Subuh secara berjemaah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Mohd Jafni berkata, program yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bertujuan menghidupkan roh solat berjemaah serta menjadikan amalan memakmurkan masjid sebagai budaya dalam kehidupan rakyat negeri itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Bersuara Demi Pesakit, Jangan Diputarbelitkan – Hasrunizah
- Kesihatan Rakyat Bukan Bahan Politik, Jangan Salahkan Onn Hafiz – Haslinda Salleh
- MoU Kerjasama Pertahanan 2023… ‘Roadmap’ Perkukuh Hubungan Malaysia-Vietnam
Pendaftaran Keahlian UMNO Terus Meningkat, Anak Muda Dominasi Ahli Baharu
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid Al Mubarak, serta pihak yang terlibat yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program berkenaan.
“Amalan solat Subuh berjemaah bukan sahaja menjanjikan ganjaran pahala yang besar, malah menjadi simbol penyatuan serta kekuatan iman umat Islam.
“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurusan masjid, jawatankuasa, sukarelawan, dan seluruh jemaah atas komitmen luar biasa mereka.
“Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pejabat Daerah Kulai, Majlis Perbandaran Kulai, Pejabat Kadi Daerah Kulai, Majlis Agama Islam Johor, Yayasan Sejahtera Kulai, serta UMNO Bahagian Kulai atas kerjasama padu yang diberikan.
“Semoga usaha murni ini menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan, dan keberkatan yang berterusan bagi negeri Johor. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Sultan dan memberkati seluruh rakyat serta negeri Johor Darul Ta’zim,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Pendang Terus Bersama Rakyat, Bukan Bermusim Teruskan Perjuangan
- Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya
- RMMJ Bukan Sekadar Janji, Kerajaan Johor Pastikan Rakyat Terima Kunci Rumah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme
You must be logged in to post a comment.