Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh

Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh

TANAH MERAH, 7 Ogos – Semangat perjuangan UMNO terus terpancar apabila ribuan ahli dan penyokong membanjiri Dataran Mahsuri, Bandar Tanah Merah sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.

Kehadiran luar biasa warga UMNO yang mewarnai lokasi dengan lautan biru jelas menggambarkan keyakinan akar umbi terhadap parti serta iltizam untuk terus memperkukuh perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Dalam ucapannya, Dr Asyraf menyifatkan sambutan yang diterima sebagai manifestasi kekuatan UMNO yang kekal relevan serta terus mendapat dokongan ahli di semua peringkat.

“Gelombang Biru yang membanjiri Dataran Mahsuri hari ini menjadi bukti bahawa obor perjuangan UMNO terus menyala. Semangat yang dizahirkan oleh akar umbi memberikan keyakinan bahawa UMNO akan terus kekal sebagai wadah perjuangan yang membela agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, barisan kepimpinan bahagian, para perwakilan serta seluruh ahli yang hadir dengan penuh komitmen bagi menjayakan persidangan tahunan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme

Menurut beliau, kesungguhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli di peringkat bahagian merupakan asas penting dalam memastikan UMNO terus kukuh sebagai parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh

Pada masa sama, Dr Asyraf turut menghargai kehadiran pimpinan Pas Tanah Merah yang diketuai oleh Datuk Abdul Fattah Mahmood sebagai tanda semangat muafakat yang dizahirkan dalam program berkenaan.

Mengulas mengenai peranan UMNO Bahagian Tanah Merah, beliau menegaskan bahawa bahagian itu sentiasa konsisten menjadi suara rakyat dengan membawa pelbagai isu serta keperluan masyarakat kepada perhatian kerajaan.

“UMNO Bahagian Tanah Merah telah membuktikan perjuangannya bukan sekadar retorik. Antara kejayaan yang boleh dibanggakan ialah usaha membawa suara rakyat sehingga terlaksananya projek pembinaan MRSM Ulul Albab Tanah Merah, yang bakal menjadi pemangkin pembangunan modal insan dan membuka lebih banyak peluang pendidikan berkualiti kepada anak-anak di daerah ini,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendaftaran Keahlian UMNO Terus Meningkat, Anak Muda Dominasi Ahli Baharu

Beliau berkata, pencapaian tersebut membuktikan bahawa perjuangan UMNO sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan, kesejahteraan masyarakat serta kemajuan setempat.

Sehubungan itu, Dr Asyraf menyeru seluruh ahli agar terus memperkukuhkan saf perjuangan parti, mengekalkan semangat kebersamaan serta mempertingkatkan khidmat kepada masyarakat.

“Saya berharap semangat perjuangan ini akan terus diperkasakan agar Tanah Merah terus maju, rakyat terus terbela dan UMNO kekal menjadi wadah perjuangan yang sentiasa berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker