Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz

Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 7 Ogos – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Johor hanya tahu “menyeru” Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan segala usaha yang dilakukan sekadar “wayang” dalam menangani isu kesihatan adalah satu fitnah yang perlu diperbetulkan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah sesekali berkompromi dalam perkara yang melibatkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor, apatah lagi menjadikan isu tersebut sebagai modal politik.

“Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu kesihatan di Johor. Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri hanya tahu menyeru KKM dan segala usaha yang dilakukan sekadar ‘wayang’ adalah satu fitnah yang perlu diperbetulkan.

“Kerajaan Negeri Johor tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang melibatkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor. Kekurangan doktor dan jururawat di Johor kini berada pada tahap kritikal dan apa yang kami tuntut hanyalah agar janji yang telah dibuat oleh KKM sebelum ini ditunaikan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Menurut beliau, isu kekurangan petugas kesihatan bukanlah perkara baharu kerana telah dibangkitkan secara rasmi kepada KKM sejak tahun 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme

Malah katanya, pada tahun lalu pihak KKM sendiri telah menghadap Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk menyelesaikan isu perjawatan yang membelenggu sektor kesihatan negeri itu.

“KKM telah bersetuju untuk mengisi segera kekosongan jawatan kritikal di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Kulai, selain menambah tenaga kerja di Hospital Pasir Gudang.

“Namun sehingga hari ini, masalah perjawatan tersebut masih belum diselesaikan. Sebab itu saya terus menyeru dan menuntut supaya janji yang telah dibuat dikotakan,” ujarnya.

Onn Hafiz berkata, tindakan Kerajaan Negeri menggesa KKM bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana setiap kementerian bertanggungjawab terhadap bidang kuasa masing-masing.

Beliau menjelaskan bahawa apabila berlaku kekurangan guru, perkara itu dirujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), manakala isu kekurangan pegawai imigresen pula dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Begitu juga apabila hospital di bawah KKM berdepan kekurangan doktor, jururawat dan petugas kesihatan, sudah tentu perkara itu perlu dibawa kepada KKM yang mempunyai tanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia sektor kesihatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendaftaran Keahlian UMNO Terus Meningkat, Anak Muda Dominasi Ahli Baharu

“Saya juga dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberikan mandat kepada KKM untuk mengurus dan mengagihkan perjawatan mengikut keperluan fasiliti kesihatan,” katanya lagi.

Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz

Dalam masa sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri tidak sekadar menjadi pemerhati atau hanya mendesak penyelesaian daripada Kerajaan Persekutuan, sebaliknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu mengurangkan beban sistem kesihatan di Johor.

Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ialah membiayai penempatan doktor locum di hospital utama termasuk HSA dan HSI bagi membantu Jabatan Kecemasan mengurangkan tempoh menunggu pesakit, selain penubuhan Southern Volunteers Healthcare.

Kerajaan Negeri turut meningkatkan kebajikan petugas kesihatan melalui kerja-kerja menaik taraf lebih 460 bilik pantri di fasiliti kesihatan seluruh Johor.

Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut dilaksanakan termasuk penyediaan perkhidmatan penghantaran ubat secara pos dan peluasan kemudahan Locker4U, penyediaan ambulans tambahan serta bantuan aset dan peralatan perubatan kepada hospital, pelaksanaan Klinik Decanting bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, serta kerjasama strategik dengan sektor swasta termasuk KPJ Healthcare dari aspek kepakaran dan tenaga kerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera

Mengulas lanjut, Onn Hafiz menegaskan segala usaha yang dilaksanakan membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan rakyat Johor menerima perkhidmatan kesihatan terbaik.

“Maka jelaslah Kerajaan Negeri Johor bukan sekadar ‘wayang’ apabila melibatkan nyawa, kesihatan dan kebajikan Bangsa Johor.

“Kami hanya menuntut apa yang telah dijanjikan. Sebab itu kita bersuara dan menyeru pihak yang mempunyai kuasa supaya melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat Johor,” katanya. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker