Pekerja maut jatuh tangki penyimpanan air 10 meter

SHAH ALAM: Seorang pekerja kontrak maut selepas terjatuh ke tangki penyimpanan air sedalam 10 meter di Kuala Langat Power Plant, malam tadi.
Mangsa warga tempatan, Mohd Farhan Syazwan, 34, melakukan kerja penyelenggaraan sebelum disedari hilang oleh rakan sekerjanya.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar, berkata pihaknya terima panggilan jam 7.26 malam.

“Rakan mangsa kemudian keluar dari lokasi berkenaan untuk mengambil kayu dan kembali 15 minit kemudian sebelum mendapati mangsa sudah tiada.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semarak Subuh Johor Perkukuh Penghayatan Agama, Satukan Ummah
- 10 ADUN Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Hari Ini
Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040… Hala Tuju Pembangunan 15 Tahun
“Rakan mula mengesyaki mangsa terjatuh selepas tidak muncul sebelum memaklumkan perkara itu kepada penyelia. Pemeriksaan dilakukan dan mendapati mangsa hilang,” katanya.
Beliau berkata, pasukan penyelamat terdahulu mengosongkan kolam pertama dan gagal menemui mangsa.
Mangsa kemudian ditemui jam 4 pagi tadi selepas kerja mengosongkan kolam kedua dengan kedalaman 10 meter selesai.
“Anggota turun ke kolam berkenaan dan membawa mangsa naik ke permukaan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.
“Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 5.05 pagi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.