Dua budak 11 tahun dikhuatiri lemas dalam empangan

JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.36 malam tadi.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.
“Bapa mangsa memaklumkan anaknya dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar di lokasi kejadian.
“PKO menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Operasi mencari dan menyelamatkan masih dijalankan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.