Tiga rakyat Malaysia ditahan jadi keldai wang di Taiwan

Tiga rakyat Malaysia ditahan jadi keldai wang di Taiwan
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia ditahan di Kaohsiung, Taiwan kerana disyaki menjadi keldai wang sindiket penipuan, bulan lalu.

Central News Agency (CNA) semalam melaporkan, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 18, 26 dan 39 tahun itu memasuki Taiwan sebagai pelancong sebelum ditahan secara berasingan.

Menurut laporan itu, Polis Zuoying menahan suspek berusia 18 dan 39 tahun di beberapa lokasi, termasuk ketika membuat pengeluaran wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pejabat pos.

Difahamkan, suspek berusia 39 tahun ditahan di hadapan mesin ATM sebuah pejabat pos dan polis merampas wang tunai NT$155,000 (RM19,660), dua kad bank serta sebuah telefon bimbit.

Suspek berusia 26 tahun pula ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung pada pertengahan Julai lalu menerusi kerjasama Agensi Imigresen Nasional dan Biro Polis Penerbangan Taiwan.

Polis merampas wang tunai NT$2,800 (RM355) serta dua telefon bimbit daripada suspek berkenaan.

Ketiga-tiga rakyat Malaysia itu adalah antara empat warga asing yang ditahan Polis Zuoying dalam operasi antara penghujung Jun hingga Julai lalu.

Mahkamah Daerah Ciaotou kemudian memerintahkan semua suspek ditahan bagi siasatan lanjut.

CNA memetik polis sebagai berkata, sindiket penipuan semakin kerap merekrut warga asing untuk memasuki Taiwan sebagai pelancong dan bertindak sebagai keldai wang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Merican Semarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Perkukuh Patriotisme

Kebanyakan mereka dilaporkan tinggal kira-kira seminggu sebelum meninggalkan Taiwan sebaik selesai membuat pengeluaran wang bagi pihak sindiket.

Taktik itu dipercayai digunakan untuk memutuskan jejak dan menyukarkan pihak berkuasa mengesan suspek.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker