Sanusi serang UMNO setiap hari

Sanusi serang UMNO setiap hari

Tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memperlekehkan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah di Batu Pahat, Johor semalam menunjukkan beliau tidak lagi menghargai Muafakat Nasional (MN).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Hashim Jahaya berkata, tindakan itu juga bertentangan dengan ‘fatwa’ Pas yang kononnya nekad mahu memperkukuhkan MN di negara ini.



Katanya, kenyataan Muhammad Sanusi itu juga jelas menampakkan bahawa MN hanyalah satu dakyah politik Pas semata-mata yang tidak ikhlas bekerjasama dengan UMNO dan BN.

“Tohmahan Muhammad Sanusi itu bagaikan alasan untuk mencari helah meruntuhkan MN dan bukan memperkukuhkannya. Kenyataan itu juga mungkin bertujuan mengaburi mata penyokong Pas di Johor yang khabarnya lebih sayangkan ukhuwah MN.

“Setelah mengeratkan silaturrahim bersama UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, sudah tentu ramai penyokong Pas yang keliru apabila Muhammad Sanusi mengajar untuk berkelahi dengan UMNO dan BN, lalu menyeru mereka menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menipu mereka hidup-hidup dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor malam tadi, Muhammad Sanusi berkata, terdapat satu formula mudah untuk mewujudkan kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya iaitu dengan memastikan UMNO mendapat kerusi yang sedikit, hingga tidak mampu menumbangkan kerajaan walaupun mereka menarik diri.



Selain itu katanya, tujuan diadakan PRN di Johor bukanlah semata-mata demi mewujudkan kestabilan politik sebaliknya adalah untuk menambah kerusi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menjelaskan satu per satu dakwaan Muhammad Sanusi itu, Hashim Jahiya berkata, sesebuah negeri yang sama bilangan ADUN atau hanya punyai kelebihan satu atau dua kerusi DUN saja, tidak boleh dianggap stabil di negara ini khususnya selepas PRU-14.

Sebagai pemimpin utama negeri katanya, Muhammad Sanusi sudah tentu tahu akan kesan buruk bagi sesebuah negeri atau negara yang tidak stabil politiknya.

“Apatah lagi Presiden dan pemimpin utama Bersatu kebelangan ini mengugut BN mahu menekan ‘butang’ di Johor. Oleh itu kedudukan politik dan pentadbiran kerajaan negeri sangatlah tidak stabil serta goyah, dan harapnya, Muhammad Sanusi celik dengan keadaan tersebut,” katanya.



Hashim Jahiya menambah, sekiranya UMNO dan BN tamakkan kuasa, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad tidak akan menasihatkan Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan beliau akan terus selesa memegang kuasa hingga selesai penggal.

“Namun, atas rasa tanggungjawab pada amanah Diraja, rakyat dan negeri Johor, beliau perlu mengambil keputusan tersebut.

“Sekiranya Muhammad Sanusi celikkan mata lebih luas, UMNO dan BN telah mentadbir negara sejak merdeka lagi dengan kelebihan kerusi yang baik. Lebih 60 tahun mentadbir, kestabilan politik berada dalam keadaan baik malah pertumbuhan ekonomi juga baik sekali gus menjadi petanda bahawa UMNO dan BN bukanlah punca ketidak stabilan politik di negara ini,” katanya.

Sanusi serang UMNO setiap hari




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker