Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW

PETALING JAYA: Gerakan bagi menjatuhkan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dipercayai ditunjangi kumpulan yang cukup kuat dan dilakukan secara tersusun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, gerakan ber­kenaan juga antara lain untuk menjatuhkan SPRM sebagai satu badan yang bertanggungjawab memerangi rasuah di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya melihat segala tuduhan dan dakwaan terhadap Azam disusun rapi sejak 2015.

Ia terserlah dengan tindakan pihak terbabit mengumpul bukti-bukti dan perkara berkaitan untuk mencemarkan imej serta menjatuhkan SPRM.

“Dalam kes Ketua Pesuruhjaya SPRM ini, kita melihat ia seperti pembunuhan karakter terancang yang hampir berjaya. Sekiranya Azam tidak kuat mempertahankan diri, semestinya agenda kumpulan berkenaan akan berjaya dan SPRM akan jatuh.

“Perkara ini jelas dan nyata berkaitan dengan senario politik negara. Kita boleh lihat ramai ahli politik ketika ini sedang disiasat. Apabila serangan demi serangan berlaku, kita boleh lihat secara jelas, ini ada agenda politik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan dakwaan Azam bahawa terdapat gerakan terancang yang cuba mencaturkan keadaan dan mencemarkan imejnya dengan tujuan menjatuhkan suruhanjaya berkenaan.

Azam dilaporkan berkata, beliau percaya gerakan berkenaan dirancang oleh individu tertentu yang berhasrat menghakis rasa kepercayaan masyarakat kepada SPRM dan seterusnya negara ini tidak mempunyai satu entiti untuk melawan rasuah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim berkata, pihak yang mahu mencondongkan kuasa, pengaruh dan kedudukan SPRM semestinya daripada pihak yang cenderung untuk melepaskan diri dan kumpulan mereka daripada cengkaman undang-undang rasuah.

“Kita kena lihat sama ada gerakan (kumpulan) ini terdiri dalam golongan kluster mahkamah atau bersendirian dalam menghadapi cengkaman undang-undang rasuah. Dalam Akta SPRM, sudah jelas segala angkat sumpah yang dilakukan oleh semua Ketua Pesuruhjaya dan pegawainya adalah menjurus kepada kerja neutral.

“Sekiranya Azam kata (ada gerakan terancang), saya tidak hairan kerana tentunya beliau lebih maklum tentang kerahsiaan siasatan yang ada dalam rekod SPRM. Kalau mahu negara muncul ke depan dan selari dengan Singapura, Brunei, Indonesia dan negara jiran lain, kluster mahkamah ini harus berserah kepada sistem kehakiman negara,” katanya.

Mengenai dakwaan terhadap Azam sebelum ini, Rais berkata, membeli saham bukan satu jenayah namun beliau tidak menafikan kemungkinan urusan pembelian itu tidak sempurna. – UTUSAN

Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker