Projek PR1MA disabotaj

PETALING JAYA: Hasrat kerajaan merealisasikan Satu Keluarga Satu Rumah berhadapan cabaran getir apabila badan terbabit iaitu Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjadi mangsa sabo­taj.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, sabotaj tersebut dilakukan pihak subkontraktor seperti merosak­kan kemudahan yang dibina atau dipasang apabila mereka tidak mendapat bayaran daripada kontraktor utama.

Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya memberitahu cabaran getir mereliasasikan impian kerajaan Satu Keluarga Satu Rumah menerusi projek PR1MA.

“Kita kena urus dan selesaikan perkara ini terlebih dahulu seperti dengan cara PR1MA memb­ayar terus kepada subkontraktor bagi mengelak mereka boikot projek kita dan bertindak balas dengan merosakkan kerja-kerja di tapak,” katanya dalam wawancara dengan Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sehingga kini, PR1MA mempunyai 61 projek dengan jumlah unit 49,401 di seluruh negara termasuk 35 projek merangkumi 27,821 unit telah siap dibina.

PR1MA kini mempunyai 21 projek sakit (18 di Semenanjung dan tiga di Sabah) manakala satu projek lewat di Semenanjung.

Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengesan berlaku penipuan apabila pihak kontraktor menyerahkan laporan menyatakan projek telah siap 70 peratus, sebaliknya apabila pihaknya turun melawat didapati projek itu hanya siap 40 peratus.

Menurut beliau, sepanjang tempoh pandemik Covid-19, bagi memastikan kontraktor cepat atau menyiapkan projek dalam tempoh dijanjikan pihaknya memberikan pakej rangsangan dalam bentuk wang tunai kepada kontraktor.

“Jadi, saya katakan ‘nakal’ adalah apabila pakej rangsa­ngan dapat tetapi kerja tak buat lagi dan lambat siap.

“Ini juga melibatkan kontraktor yang terdiri daripada syarikat-syarikat besar juga,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan cuba memenuhi sasaran yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk PR1MA membina 100,000 rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana (M40) dalam tempoh lima tahun Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Bilangan 100,000 unit ini sehingga 2025 sebenarnya cukup besar, cuma saya katakan, kita akan cuba semaksimum mungkin.

“Insya-Allah apabila tiba 2025, jumlah sebanyak itu akan merangkumi ketiga-tiga segmen iaitu siap dibina, sedang dalam pembinaan atau telah mendapat kelulusan,” katanya.

Pada 11 Fbruari lalu, Ismail Sabri menggesa Bank Negara Malaysia menyemak kembali model pem­biayaan perumahan bagi memudahkan pinjaman untuk B40 dan M40 membeli rumah bagi program perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik.

Menurut Perdana Menteri, fo­kus diberi untuk pembelian terus dan sewa untuk memiliki dengan perkara itu dibincangkan me­nerusi Mesyuarat Majlis Peru­mahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dipengerusikan beliau sendiri.

“Untuk mencapai mat­la­­­mat itu, Kerajaan Per­se­­kutuan akan memberi sub­­sidi, kerajaan negeri me­nyediakan tanah manakala bank mempermudahkan pem­biayaan bagi memastikan harga rumah PPR dan rumah mampu milik dapat dijual dengan harga berpatutan.

“Dalam masa sama, kerajaan komited menyediakan rumah mampu milik untuk generasi muda supaya mereka dapat memiliki kediaman sendiri,” kata Perdana Menteri.- UTUSAN

Projek PR1MA disabotaj

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker