‘Hujan’ burung tiung di England gemparkan penduduk

EBANYAK 200 bangkai burung tiung bertaburan di sebuah perkampungan tepi laut di Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire. – ATHERNA PICTURES

WALES: Pencinta hidupan liar terkejut selepas mendapati 200 burung jatuh secara misteri dari langit di sebuah perkampungan tepi laut di Waterston dan Hazelbeach, Pembrokeshire.

Lapor Daily Mail, pemandu kenderaan yang trauma melihat kejadian itu memaklumkan mereka seperti menonton adegan ‘filem seram’ apabila lambakan burung jatuh ke tanah tanpa sebab yang jelas.

Saksi berkata, spesies  burung tiung itu mengalami kecederaan dan jatuh bertaburan di kawasan pagar dan tanah.

Pihak majlis perbandaran mengesahkan sebanyak 200 burung tiung mati dan pihaknya terpaksa membersihkan bangkai burung yang berlumuran darah itu.



Setakat ini, belum ada maklumat sebenar mengenai punca sebenar kematian haiwan itu.

Pakar Burung, Dominic Couzens, 59, berkata, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat dan sangat pelik.

“Bunyi itu sangat ganjil dan sukar dijelaskan. Sesuatu yang tidak dijangka membuatkan semua burung berkenaan keliru dan jatuh secara tiba-tiba.

“Terdapat juga beberapa burung yang mati di kawasan jalan dan darah memercik di merata tempat,” katanya.




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker