Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail

Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail

Tiada keperluan untuk Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan sebagai menteri pertahanan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabari berkata Hishammuddin hanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bukan melakukan jenayah.



“Langgar SOP bukan jenayah, tiada (jenayah) apa yang dilakukan dan KKM dah keluarkan kompaun.

“Jadi, kalau siapa kena kompaun letak jawatan saya ingat tiada siapa boleh bekerja lepas ini.

“Semua letak jawatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Management & Science (MSU), Shah Alam, hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh supaya Hishammuddin meletakan jawatan kerana melanggar SOP pada acara MIC di Johor, semalam.



Ia susulan penularan video yang menunjukkan pemimpin meredah kerumunan hadirin pada majlis pelancaran briged MIC Johor di Kota Iskandar, Johor semalam.

Antara pemimpin yang dilaporkan hadir pada majlis itu selain Hishammuddin, ialah penyandang jawatan menteri besar Johor, Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vigneswaran.

Yeoh berkata, Hishammuddin memegang jawatan sebagai pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, sebelum ini mengumumkan pelbagai SOP Covid-19 – termasuk ziarah umrah dan MyTravelPass – serta mengatakan bahawa pilihan raya negeri (PRN) Johor harus dijalankan dengan selamat.

SOP penting, tapi…



Bagaimanapun, mengulas lanjut perkara itu, Ismail berkata tiada sesiapa pun terlepas daripada dikenakan kompaun apabila didapati melakukan kesalahan.

Menurut Ismail, siapa saja yang didapati melanggar SOP yang ditetapkan KKM pasti akan dikenakan kompaun.

“SOP ini penting tetapi ia bukanlah satu kesalahan apabila dikompaun, kena letak jawatan, kena berhenti, jika tidak pegawai-pegawai kerajaan sudah kena ini (kompaun).

“Jadi, semua kena letak jawatan. Jadi tak bolehlah, yang penting adalah tindakan diambil. Maknanya kerajaan tidak membeza-bezakan antara individu yang melakukan kesalahan, dia boleh jadi menteri, timbalan menteri, dia boleh jadi ketua jabatan dan dia boleh jadi sesiapa saja, tidak ada konsep orang kayangan tak kena kompaun, orang bawah saja yang kena kompaun.



“Siapa saja yang melakukan kesalahan dan melanggar SOP akan dikenakan kompaun, termasuk menteri pertahanan dan lain-lain,tidak kira siapa,” tegasnya.

Susulan video yang tular itu semalam, Khairy mengarahkan kementeriannya mengeluarkan kompaun terhadap rakan kabinetnya Hishammuddin dan beberapa pemimpin tertinggi kerajaan kerana didakwa melanggar SOP Covid-19.

Hishammuddin kemudiannya berkata dia hanya tetamu pada majlis itu, tetapi bersetuju bahawa tidak ada alasan untuk melakukan kesalahan dan akan menerima tindakan itu.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan turut mengenakan denda kepada penganjur majlis kerajaan yang dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas mereka gagal memastikan pematuhan SOP. Mk



Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker