Penduduk Malaysia kini 32.4 juta – Ismail

Penduduk Malaysia kini 32.4 juta – Ismail

Penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) penduduk adalah 1.7 peratus dalam tempoh 10 tahun, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, perkara itu adalah antara penemuan utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020.

Katanya, daripada penemuan itu juga jumlah penduduk mengikut kewarganegaraan menunjukkan 29.8 juta atau 91.7 peratus adalah warganegara dan 2.7 juta adalah bukan warganegara.

“Dari segi tempat kediaman pula, sebanyak 9.6 juta sudah dibanci dan 8.2 juta Isi Rumah (IR) dengan purata saiz persendirian adalah sebanyak 3.8 peratus,” katanya pada Majlis pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020.

Nisbah jantina rakyat Malaysia 110 lelaki berbanding 100 wanita

Seramai 52.3 peratus penduduk di Malaysia ialah lelaki, manakala 47.7 peratus ialah wanita, dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Putrajaya, di mana 100 wanita bersamaan dengan 96 lelaki.

“Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik

Cina (23.2 peratus), India ( 6.7 peratus) dan lain-lain ( 0.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. BH

Penduduk Malaysia kini 32.4 juta – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker