PRN Johor: Kekalkan SOP seperti PRN Melaka, Sarawak

PETALING JAYA: Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu kekal seperti yang dilaksanakan dalam PRN Melaka dan Sarawak bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, ini kerana gelombang Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi sehingga mencecah lebih 20,000 kes baharu sehari.

“Melihat situasi semasa, kita tahu sebenarnya PRN Johor itu sendiri tidak perlu diadakan lagi pada waktu ini, tetapi jika itu yang diputuskan, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil inisiatif untuk memperketatkan SOP supaya tidak berlaku penularan kes Covid-19.

“Dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi, varian Omicron berisiko untuk terus meningkatkan kes dengan tempoh penularan yang singkat jadi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk PRN Johor ini.

“Ceramah bersemuka masih belum boleh dianggap sebagai satu cara kempen yang baik apabila jumlah kes terus meningkat dan membimbangkan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata ,semua ahli politik perlu menerima hakikat ini dengan hati terbuka dan mengetengahkan keselamatan rakyat.

“Kita sedia maklum PRN Melaka dan Sarawak berjaya mengekang kluster Covid-19 jadi perkara itu perlu dikekalkan untuk PRN Johor bagi menjamin keselamatan semua pihak walaupun telah divaksinasi.

“Peningkatan kes menunjukkan kita belum bersedia untuk melonggarkan SOP untuk melaksanakan pilihan raya malah kita perlu lebih peka bagi memastikan PRN Johor berjaya seperti PRN terdahulu.

“Ada baiknya kalau SOP di PRN Johor terus dikekalkan seperti yang sebelum ini, individu-individu yang berkempen juga perlulah lengkap divaksin serta pematuhan SOP asas dipantau rapat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, PRN Johor akan diteruskan walaupun negara dilanda gelombang Omicron dan penilaian terperinci menunjukkan pesakit varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding varian Delta.

Katanya, Kementerian Kesihatan sudah muktamadkan syor SOP dan sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – UTUSAN ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker