Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

KUALA TERENGGANU – Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Murni, 32, mendedahkan, dia terdorong untuk mendapatkan perkhidmatan venir kerana mahu memutihkan dan menyusun semula gigi bagi menambah keyakinan diri dan senyuman yang lebih menawan.

Katanya, perkhidmatan itu telah disyorkan oleh kenalannya menerusi media sosial.

“Individu dari Kuala Lumpur itu menawarkan perkhidmatan ini pada harga murah iaitu RM570 berbanding mencecah ribuan ringgit jika dilakukan di klinik pergigian swasta.



“Pemasangannya dilakukan di sebuah inap desa di Kemaman hujung tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul apabila sebahagian gigi yang dipasang venir seakan melekat antara satu sama lain menyebabkan dia sukar membuka rahang gigi.

Tambah merisaukan, mulutnya mula berbau disebabkan banyak sisa makanan terlekat pada celah gigi-gigi yang dilapisi venir tersebut.

“Saya cuba menghubungi doktor yang memasang venir itu, tetapi tidak berjawab dan gagal dikesan.



“Akhirnya saya pergi ke sebuah klinik gigi untuk buang venir yang dipasang pada enam batang gigi. Saya dicaj hampir RM700 iaitu jauh lebih tinggi daripada kos pemasangan,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah, 36, pula mendakwa dia diperdaya oleh pekerja salon kecantikan yang kononnya menawarkan perkhidmatan pemutihan gigi.

“Saya mengalami sakit gigi selepas itu dan hanya mengetahui ia sebenarnya bukan pemutihan gigi, tetapi pemasa­ngan venir apabila saya pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.

“Gusi saya menjadi merah-kemerahan dan doktor kata, ia adalah tanda-tanda mengalami masalah disebabkan pemakaian venir tiruan itu,” ujarnya.-K! ONLINE



Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker