Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada

Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan tidak sombong kerajaannya stabil kerana Umno berlapang dada menyokong pentadbirannya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Shaiful Hazizy Zainol Abidin turut mengingatkan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu supaya tidak membuat kenyataan liar serta kasar terhadap Umno yang menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri itu.



“Kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada. Saya tidak pasti bagaimana untuk menggambarkan perkara ini. Sama ada terlupa atau berpura-pura lupa. Kerajaan PAS di Kedah itu terbentuk dengan sokongan Umno.

“Malah, dalam kebanyakan kerajaan, sama ada di peringkat pusat dan negeri, Umno adalah entiti yang sama-sama membentuk kerajaan. Benar, tanpa Umno masih ada kerajaan di sesetengah negeri akan kekal memerintah.

“Namun, untuk menyatakan tanpa Umno, semua kerajaan ini dan politik kita akan lebih stabil adalah tidak berasas dan tidak berpijak di bumi nyata,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Semalam, Sanusi dilaporkan berkata, formula untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan semua negeri adalah Umno tidak lagi memerintah.



Susulan kenyataan Sanusi itu, Shaiful meminta Umno Kedah menilai semula hubungan dengan PAS yang disifatkannya angkuh dan sombong.

“Berdasarkan kedudukan ini, saya percaya wujud keperluan untuk Umno Kedah menilai semula hubungannya dengan PAS.

“Adalah tidak produktif jika kita terus-menerus cuba berpura-pura kita boleh bekerjasama, sedangkan yang terlihat saban hari adalah kerapuhan demi kerapuhan yang seakan tidak boleh diselamatkan.”

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, berkata pemimpin PAS tidak layak bercakap tentang kecekapan pentadbiran kerana parti itu sendiri gagal membawa perubahan besar sepanjang memerintah Kelantan selama 30 tahun.



“Saya nasihatkan pemimpin PAS agar melihat diri di cermin dulu, sebelum nak mengata orang lain.

“Rekod mereka sepanjang perintah Kelantan pun tak ada yang boleh dibanggakan. Bila dilantik jadi Menteri Kabinet pun, mereka gagal berfungsi dengan baik,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, rekod terbukti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), termasuk PAS baharu satu penggal menjadi kerajaan, negara sudah huru-hara. FMT

Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker