Pemecatan Khairuddin: Majlis Syura akan buat ketetapan

Isu pemecatan Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS disifatkan hanya umpama air yang “berkocak di dalam cawan” dan bukannya konflik dalaman parti.

Perkara itu dinyatakan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, yang menyuarakan keyakinan bahawa isu berkenaan akan diredakan secara harmoni dalam masa terdekat selepas majlis syura membuat ketetapan.

Jelasnya, keputusan Jawatankuasa Pusat PAS untuk memecat Khairuddin daripada jawatan itu tidak memberi kesan kepada Majlis Syura.

Malah, katanya, perbincangan bagi mengatasi isu berkenaan sedang dijalankan.

“Isunya tak besar, berkocak air dalam cawan saja. Insya-Allah boleh diatasi, perbincangan sedang berjalan.

“Ada usaha dan saya penuh yakin kita akan selesai dengan cara baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada 11 Feb lalu, Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus digugurkan daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata jawatan itu terbatal kerana Jawatankuasa Pusat PAS membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Syura.

“Nak jadi setiausaha Majlis Syura kena jadi ahli Majlis Syura. Maka gugurlah (keanggotannya) daripada Majlis Syura dan (jawatan sebagai) setiausaha Majlis Syura,” kata Abdul Hadi ketika itu.

Ditanya sama ada Majlis Syura Ulama PAS akan mendapatkan penjelasan Abdul Hadi berhubung perkara itu, Hashim kata pihaknya sudah pun mendapatkannya.

“Kita sudah dapat penjelasan dan majlis syura juga sedang bermesyuarat serta berbincang mengenai perkara ini,” katanya lagi.

Pemecatan Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker