Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak

Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak

Instafamous dan isteri kepada Youtuber terkenal Alief Irfan iaitu Bella pernah menghadapi tekanan gara-gara belum hamil.

Dia menerima pelbagai kecaman dan pernah dituduh mandul apabila masih belum dikurniakan rezeki anak.

Terbaru, Bella berkongsi berita gembira apabila dia akhirnya disahkan positif hamil menjelang ulang tahun perkahwinan kedua.

Dalam rakaman video itu, Instafamous ini menangis teresak setiap kali membuat ujian kehamilan kerana tiada satu pun bergaris dua.

Paling menarik perhatian ramai adalah reaksi suaminya ketika membuka kotak surprise mengandungi baju bayi. Alief terus menangis seakan tidak percaya sambil dipeluk erat teman-teman rapat.

Dalam pada itu, Bella menasihati orang ramai supaya tidak sewenangnya menghina orang lain. Pendek kata, jagalah mulut tu ya, tak baik suka-suka tuduh orang mandul.

Sehingga kini, perkongsian telah mendapat hampir dua juta tontonan dan 20,000 komen. Ramai yang mendoakan Bella.

Apa-apa pun semoga kandungan Bella sentiasa sihat dan urusan kehamilan dipermudahkan. OM

Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker