‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]

‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]

“Saya tidak sedap hati dan risau tiada khabar daripada arwah sejak minggu lalu,” kata teman rapat Allahyarham Jit Murad, Tina Fadzil.

Tina memberitahu, kali terakhir dia berjumpa Allahyarham Jit adalah pada hujung bulan lalu namun Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan atau perilaku pelik sebelum pergi selama-lamanya.

“Saya tidak sangka pertemuan hujung bulan lalu dengan arwah merupakan pertemuan terakhir kami. Hati saya tidak sedap dan risau kerana tiada sebarang posting dalam media sosial arwah sejak minggu lalu.



“Saya cuba nak hubungi dia (arwah), tapi not reachable,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.



Takziah | Rakan Jit Murad risau tiada khabar sejak seminggu

Mengimbas detik mendebarkan yang diharungi, Tina memberitahu, dia bersama tiga lagi rakannya ke rumah Jit kira-kira pukul 2 petang semalam selepas gagal menghubunginya.

“Apabila memasuki rumah, saya benar-benar terkejut melihat Jit dalam keadaan tidak beryawa di salah sebuah biliknya,” ujarnya sambil menahan sebak.

Tambahnya lagi, dia kemudian menghubungi talian 999 dan salah seorang rakannya pula menghubungi kakak Jit yang tiba beberapa minit kemudian.



Ketika diminta untuk berkongsi momen-momen indah bersama Allahyarham, Tina memberitahu, dia terlalu sedih dan tiada kata-kata buat masa ini.

“Persahabatan kami bermula 15 tahun yang lalu, saya selalu masak dan hantar ke rumahnya. Banyak suka dan duka yang kami lalui bersama, cuma ini bukan masanya untuk saya kongsikan. I miss him so much,” katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan kemudian dilakukan bedah siasat.



Astro AWANI masih berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan pengebumian Allahyarham.

Jit yang merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor meninggal dunia pada Sabtu pada usia 62 tahun.-AA

‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker