Selepas Dua Tahun Bertahan, Afdlin Shauki Akur Disahkan Positif Covid-19

Selepas Dua Tahun Bertahan, Afdlin Shauki Akur Disahkan Positif Covid-19

Selepas dua tahun bertahan dan mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19, pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki terpaksa akur selepas disahkan positif virus tersebut.

Khabar duka tersebut dikongsinya menerusi hantaran terbaru dalam Instagram sebentar tadi berserta paparan skrin status MySejahtera terkini.

“Maaf semua dah dua hari kena dan simptom makin menjadi cuma tiada sesak nafas lagi setakat ini.



“Maaf kalau tak dapat jawab panggilan atau balas mesej. Aku rasa Allah SWT mahu aku rehat sementara.

“Enam orang dari team (pasukan) aku kena selepas dua tahun lebih bertahan dari terkena Covid-19. Harap maaf atas kesulitan, tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri aku,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan agar pelakon filem Papadom itu bertabah dan segera sembuh seperti sedia kala.

“Tiba masa untuk abang rehat, penat sangat kerja. Tuhan mahu abang rehat dulu sekejap. Semoga semua dipermudahkan,” tulis netizen.



Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Aishah, Iman Suhana, Intan Ladyana, Nabila Razali, Aprena Manrose dan Ariff Bahran turut disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Selepas Dua Tahun Bertahan, Afdlin Shauki Akur Disahkan Positif Covid-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker